Dapat Kurangkan Lapar dan Dahaga, Perkongsian Doktor Ini Tentang Kelebihan Chia Seed Pada Bulan Puasa Dapat Perhatian Netizen


Memang tidak dinafikan memang sukar untuk kita kekal hidrat pada bulan puasa ini. Kita juga seringkali lupa atau tidak sempat untuk minum air secukupnya seperti bulan-bulan lain. Ini boleh membuatkan kita rasa haus yang teramat sangat pada siang hari.

Oleh itu, kita perlulah memastikan badan kita mendapat air secukupnya. Bagi membantu orang ramai kekalkan hidrasi badan, seorang doktor telah tampil di TikTok untuk berkongsi satu tips bagi yang sedang berpuasa.

Menerusi hantaran tersebut, Dr Preeyaa Mohan berkongsi sejenis makanan yang boleh membantu kita untuk kurangkan rasa dahaga ketika berpuasa.

Makanan yang dimaksudkan adalah chia seeds iaitu bijian kecil penuh manfaat. Mungkin sesetengah orang masih belum tahu tetapi sebenarnya bijian kecil ini sudah menjadi pilihan bagi ramai orang yang sedang amalkan diet sihat.

kelebihan chia seed sangat bermanfaat pada bulan puasa

Kredit : mysihat.com

Disebabkan ia mengandungi serat yang tinggi, chia seed adalah pilihan yang baik yang sedang berpuasa kerana mampu membuatkan seseorang rasa kenyang lebih lama.

Di, samping itu, bijian ini juga baik untuk sistem pencernaan. Dua sudu chia seed mampu membekalkan sehingga sepertiga daripada keperluan serat harian.

Cara Makan Chia Seed

Mendapat lebih 450k tontonan dan lebih 70k tanda suka, perkongsian Dr Preeyaa juga dapat perhatian atas perkongsian penyediaan chia seed yang sangat mudah dan tidak perlu untuk dimasak.

Anda hanya perlu campurkan satu hingga dua sudu makan chia seed ke dalam sebotol air kosong.

Kemudian, biarkannya dalam peti sejuk sehingga ia kembang selama sekurang-kurangnya 20 minit sebelum minum. Kalau nak tahu, chia seed boleh serap air dan mengembang sehingga 10 kali ganda berbanding saiz asalnya !

Kredit : TikTok@drpreeyaamohan

Banyak Rupanya Kelebihan Chia Seed !

Di samping membuatkan kita rasa kenyang lebih lama, chia seed juga akan membantu badan untuk dapat lebih hidrasi.

Memetik laman HelloDoktor, chia seed juga popular di kalangan individu yang sedang berdiet kerana kadar kalori dan karbohidratnya yang rendah.

Kelebihan chia seed juga terletak pada kandungan zat mineralnya yang pentingĀ  untuk tulang dan jantung seperti kalsium, magnesium, fosforus, omega-3 serta protein.

Menarik sungguh manfaat yang ditawarkan oleh chia seed ! Ia bukan sahaja membantu seseorang kurang rasa haus dan lapar, malah ia juga baik untuk sistem pencernaan dan kaya dengan pelbagai kebaikan mineral untuk tubuh.

Jadi, jangan lupa untuk lengkapkan keperluan serat harian anda dengan chia seed. Hanya rendah dua sudu setiap hari, InsyaAllah ia dapat memberi manfaat yang sangat baik untuk badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat