Jemaah Menteri Akan Dipecat Serta Merta Jika Terlibat Dengan Rasuah Atau Salah Guna Kuasa – DS Anwar


Berada di dalam dunia politik bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai tenaga manusia yang diperlukan dan banyak sudut yang perlu diambil kira serta diperhatikan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bukanlah semata-mata demi kesenangan orang atasan semata-mata namun apa yang dilakukan sepatutnya demi rakyat Malaysia. Oleh hal yang demikian, Pilihan Raya Umum diadakan. Hal tersebut adalah kerana rakyat boleh memilih siapa yang bakal memimpin tempat mereka.

Di Malaysia, seperti mana yang kita ketahui dan sedia maklum, Menteri Malaysia yang ke 10 adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala Kerajaan yang diterajui oleh beliau pada ketika ini adalah Kerajaan Perpaduan. Jemaah Menteri yang berada dalam Kerajaan Perpaduan haruslah mematuhi beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh beliau.

Jemaah Menteri Akan Dipecat Serta Merta Jika Ada Terlibat Dengan Rasuah Atau Salah Guna Kuasa – DS Anwar

Terbaharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan satu kenyataan ketika berucap di Program Petemuan Mahabbah Perdana Menteri Bersama Ulama dan Asatizah, beliau menyatakan tidak akan bertolak ansur sama sekali sekiranya budaya rasuah dan salah guna kuasa wujud dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin olehnya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Pertemuan Mahabbah bersama Ulama’ dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, 11 Disember 2022. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

“Saya sudah beritahu kepada rakan-rakan Jemaah Menteri yang saya pilih, yang pertama, untuk soal tata kelola maknanya tiada rasuah. Saya juga sudah bercakap dengan ketua-ketua parti komponen, kalau ada semasa pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri kes seperti ini (rasuah), saya minta pecat mandat (sebagai menteri) serta merta”, kata beliau ketika berucap.

Menurutnya lagi, peringatan atau kenyataan itu bukanlah besifat politik namun merupakan keyakinan beliau untuk membebaskan negara daripada rasuah. Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan setiap ahli politik di bawah pentadbirannya untuk membuktikan kancah politik bukan tempat bagi menunjukkan kekayaan dan kehebatan kuasa.

“Saya mahu buktikan ada anak Melayu gunakan kuasanya untuk membela Islam, saya mahu buktikan ada anak Melayu guna prinsip rahmah dan keadilan untuk ditegakkan di Malaysia. Kita kena sentiasa waspada agar perpecahan dapat dielakkan.”

Dalam masa yang sama, Perdana Menteri Malaysia yang ke 10 itu juga akan memastikan badan-badan seperti Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa jujur dan telus dalam menjalankan tugas mereka.

Datuk Seri Anwar galas tanggungjawab yang besar dan mencabar

Beliau turut berkata di dalam ucapan tersebut yang beliau diberikan mandat mentadbir negara dalam keadaan hutang Malaysia pada ketika ini melebih RM1 trilion. Pastinya jumlah tersebut memerlukan kelola yang baik dan bernas.

Turut berkata beliau bekerja kuat bagi meneliti fail-fail dan beberapa projek terpaksa ditangguhkan bagi meneliti semula ataupun membatalkan. Banyak sudut yang perlu diperhatikan dan diteliti.

“Saya diberi mandat dalam hutang yang lebih RM1 triilion daripada agensi yang diteliti di mana bocor dan tirisnya dan ini bukan fitnah. Saya kerja kuat teliti fail-fail dan beberapa projek kita tangguhkan, teliti semula atau batalkan. Kalau ingin belanja kita kena teliti, ini soal tadbir urus.”

rasuah

Apapun, semoga tanggungjawab yang digalas oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat dilaksanakan dengan baik. Semoga dengan kebijaksanaan beliau, Malaysia menjadi lebih baik.

Sumber: Bernama 

Baca juga: Lelaki Ini Buat Pesanan McDonalds Lebih RM4,000 Buat Ramai Terkejut Namun Rupa-Rupanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat