Cuba Aktiviti Ekstrem, Gadis Ini Terkejut & Hampir Tercampak Telefon Bila Tiba-Tiba..
Aktiviti esktrem atau mencabar merupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Bagi mereka yang menceburi aktiviti ekstrem ini nyatanya seorang yang cukup berani dan hebat. Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.
Antara aktiviti esktrem yang ada di Malaysia adalah High Water Slide di A Famosa Theme Park, Melaka. Flying fish di Puchong Selangor, Tower Walk di Kuala Lumpur dan banyak lagi aktiviti yang mencabar dan cukup menakutkan.
Namun begitu, betapa beraninya anda jangan lupa untuk tetap berhati-hati dalam setiap aktiviti yang dicuba. Jangan bercakap besar dan sambil lewa. Melakukan aktiviti lasak ataupun ekstrem ini bukanlah memikirkan keseronokan semata-mata, namun soal keselamatan juga satu keutamaan.
Cuba Aktiviti Ekstrem, Gadis Ini Terkejut & Hampir Tercampak Telefon Bila Tiba-Tiba..
Bercakap soal aktiviti ekstrem ini, terbaharu seorang gadis yang dikenali dengan nama Syaynaz menerusi aplikasi TikTok sempat berkongsi sebuah video berkenaan dengan aktiviti yang dilakukannya di Tower Walk, Kuala Lumpur cukup mencemaskan dirinya dan rakan-rakan.
Ada satu kejadian yang membuatkan dia dan kawan-kawannya berasa takut serta luruh jantung dan hampir tercampak telefon apabila tiba-tiba ada bunyi kaca pecah. Cuba bayangkan, berada di atas sana dan tiba-tiba terdengar bunyi kaca pecah.
Bagi mereka yang baru pertama kali mencubanya, pastinya situasi tersebut membuatkan diri berasa takut teramat sangat. Namun, rupa-rupanya bunyi kaca pecah itu memang ada. Bukanlah kaca benar-benar pecah namun sekadar menguji pengunjung yang mencuba aktiviti tersebut.
Dia yang jalan atas tu kaki aku yang gigil..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok yang menonton video tersebut. Ada yang menulis, dia mengigil walaupun bukan dia yang berjalan di atas Tower tersebut.
“Dia yang jalan atas tu kaki aku yang gigil”, tulis muhdfarhan
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen dan menyatakan kalau dia berada di situasi tersebut dia tidak berjalan dah namun akan merangkak. “Kalau kau ni takde jalan dah. Merangkak terus, gayat.” tulis Farah Atiqah.
Manakala ada juga yang berseloroh dan mengatakan tuan bangunan berkenaan bergurau kasar. “Gurau kaso tuan bangunan pun”, tulis Ramzibroker.
Sudahlah berada di atas sana dalam ketakutan, tiba-tiba pula keluar bunyi kaca pecah. Memang menakutkan dan mendebarkan sesiapa sahaja. Walau apa pun, semoga setiap pengunjung yang mencuba aktiviti tersebut berada dalam keadaan selamat sahaja.
Bagi sesiapa yang tertanya-tanya, berapakah yuran atau tiket bagi aktiviti tersebut. Menurut Syaynaz menerusi video lain, dia berkata harga tiket bagi aktiviti di Tower Walk itu adalah RM15 untuk seorang jika beli di kaunter.
Buat korang yang mahu merasakan detik cemas seperti Syaynaz, bolehlah mencubanya di Tower Walk, Kuala Lumpur.
Sumber: TikTok syaynaz
Baca juga: Pacat Gigit Kaki, Budak Lelaki Ini Menggelupur Buat Ramai Pecah Perut