Lelaki Ini Buat Pesanan McDonalds Lebih RM4,000 Buat Ramai Terkejut Namun Rupa-Rupanya…
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan segera yang mendapat sambutan ramai. Buka sahaja apa-apa restoran makanan segera, pasti laris. Bahkan di Malaysia sendiri, terdapat beribu-ribu cawangan dan berpuluh-puluh jenama hebat yang cukup digemari ramai.
Selain KFC, Texas Chicken, Marrybrown dan Burger King, McDonalds juga turut menjadi pilihan rakyat Malaysia jika malas hendak memasak. Memandangkan makanan segera ini sangat mudah untuk dipesan dan didapatkan, jadi ramai yang berpusu-pusu mengunjungi restoran tersebut.
Malah ingin membuat pesanan juga cukup mudah, jika beli di dalam restoran, pelanggan hanya perlu membuat pesanan pada mesin yang telah disediakan sebelum mengambilnya di kaunter hadapan. Lebih mudah dan lebih cepat. Teknologi terkini memudahkan segalanya.
Lelaki Ini Buat Pesanan McDonalds Lebih RM4,000 Buat Ramai Terkejut, Rupa-Rupanya…
Berkenaan dengan makanan segera McDonalds ini, terbaharu viral berkenaan dengan pesanan McDonalds yang dibuat oleh seorang lelaki di restoran makanan segera itu apabila jumlahnya lebih RM4,000.
Kejadian tersebut sempat dirakam oleh pemilik akaun TikTok dengan nama @mosharhan. Di dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki berbaju hitam sedang membuat pesanan. Berkali-kali melihat telefonnya selepas menu berjaya ditambah dan begitulah seterusnya.
Malah menurut @mosharhan, jumlah akhir pembelian lelaki tersebut mencecah hampir RM6,000 lebih. Melihat jumlah tersebut pastinya kita berasa terkejut yang amat sangat. Lebih-lebih lagi penonton TikTok yang lain.
Namun begitu, video tersebut telah viral dan telahpun mendapat perhatian lelaki yang membuat pesanan tersebut. Di ruangan komen, lelaki berkenaan memberitahu bahawa dia adalah salah seorang pekerja di McDonalds.
Apa yang dilakukan olehnya pada ketika itu adalah untuk mengira jumlah. Mungkin itu adalah salah satu tugasnya yang perlu dilaksanakan.
Terkangkang budak kitchen nak buat order dia..
Menjengah lagi ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Selain ramai yang terkejut, ada yang berseloroh menyatakan, nanti terkangkang budak dapur nak sediakan pesanan lelaki berkenaan.
“Terkangkang budak kitchen nak buat order dia”, tulis MHASmusiclab
Manakala pemilik akaun TikTok iezlan pula menulis, katering batal makanan last minit ke apa sambil meletakkan emoji ketawa. “Catering cancel makanan last minit ke apa”.
Tidak kurang juga ada yang meluahkan, dia tiada masalah jika hendak buat pesanan yang banyak. Namun dia tak suka bila ada pelanggan masih memikir saat beratur.
“i tak ader masalah odder banyak asal taw odder i tak suka dah beratur thne dok pikir nk odder apa”, tulis Mariamanap23.
Bukan sahaja ramai yang terkejut dengan jumlah pesanan McDonalds yang dibuat oleh lelaki berkenaan. Tetapi ramai juga yang terkejut dengan kepantasannya membuat pesanan.
Namun rupa-rupanya dia hanyalah mengira jumlah pesanan iaitu antara tugas yang perlu dilakukan olehnya sebagai pekerja di situ. Ya lah, macam mana nak tahu, pakaiannya semua hitam dan tiada satu pun tanda yang menampakkan dia adalah pekerja McDonalds ketika itu.
Sumber: TikTok mosharhan
Baca juga: Kenapa Bahaya Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral? Jom Ketahui Lebih Lanjut