Penjawat Awam Ditemui Jiran Dalam Keadaan Tergantung Di Tepi Tangga Rumah
Kehidupan zaman sekarang amat memerlukan fizikal dan mental yang cukup kuat. Tak boleh mudah jatuh dan lemah, harus kuat dan bangkit selalu memandangkan dunia sekarang begitu kejam.
Semakin hari kos sara hidup semakin meningkat dan pastinya hal tersebut secara tidak langsung membuatkan mereka yang tiada pendapatan tinggi terbeban. Anak-anak pula masih ramai yang bersekolah ditambah lagi dengan bebanan ahli keluarga yang lain.
Lihat sahaja hari ini berapa ramai yang sanggup membunuh diri gara-gara tertekan dengan pelbagai macam perkara. Bukan kerana mereka tiada iman, namun mungkin mereka sudah tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan semua masalah.
Penjawat Awam Ditemui Jiran Dalam Keadaan Tergantung Di Tepi Tangga Rumah
Malah terbaharu, berlaku pula kejadian yang hampir sama iaitu seorang penjawat awam menggantungkan diri di sebuah unit kuarters teres dua tingkat di Putrajaya pada pagi 13 Disember. Jiran mangsa yang melihat mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumah berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, pihak bomba terpaksa memecah masuk rumah mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Pada pagi Sabtu lalu, jiran mangsa memaklumkan, dia menemui mangsa dalam keadaan sihat. Ketika kejadian, mangsa ditemui berpakaian baju t-shirt hitam dan masih berkain pelekat.
“Jiran mangsa memaklumkan, mangsa kali terakhir dilihat pada pagi Sabtu lalu, namun dalam keadaan sihat.
“Ketika ditemui, mangsa memakai baju tshirt berwarna hitam dan masih berkain pelekat,” katanya ketika dihubungi Utusan semalam.
Hasil siasatan awal, pihak polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui di rumah mangsa. Malah pintu rumah berada dalam keadaan berkunci serta tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil. Barangan peribadi mangsa juga turut ditemui.
Mangsa mempunyai rekod kesihatan mental
A Asmadi Abdul Aziz lagi, siasatan mendapai mangsa adalah duda anak tiga dan sudah bercerai sejak empat tahun lalu. Kesemua anaknya menetap bersama bekas isteri. Tambahnya lagi, mangsa juga mempunyai rekod kesihatan mental dan laporan daripadada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya mendapati mangsa menghidap penyakit ‘Bipolar Disorder Type 1 in depressive Phase’.
Menurutnya lagi, mangsa juga sedang menerima rawatan di Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya sejak 26 September lalu dan mengambil ubat jenis Risperidone (ubat untuk kurangkan simptom masalah mental seperti Schizophrenia).
Kematian penjawat awam itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut selepas mayat mangsa dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya.
Jangan salahkan mangsa, mungkin juga mangsa hilang pertimbangan diri kerana mangsa mempunyai masalah kesihatan mental. Doakan yang baik-baik, semoga mangsa dipermudahkan urusan di akhirat kelak.
Buat korang di luar sana, jika pada ketika ini korang berasa tertekan dengan kehidupan, carilah seseorang untuk anda meluahkan segala yang terbuku di hati. Namun andai kata korang tidak menemui ‘orang tersebut’, kembali lah kepada DIA yang satu.
Luahkan semua padaNya, menangislah semahunya di depanNya dan mintalah pertolonganNya. InshaAllah DIA akan ada di setiap nafas kita. Jaga diri semua!
Sumber: Utusan
Baca juga: “Ubat Kencing Manis Tak Kan Sembuhkan Kencing Manis”, – Dr Mani