Tolak Harta RM2.47 Billion Demi Cinta

Sumber Rujukan : freemalaysiatoday.com

Orang kata cinta itu buta, dan cukup dengan cinta jugalah yang membuatkan pewaris kepada orang ke-44 terkaya di Malaysia ini sanggup untuk menolak harta milik bapanya yang bernilai RM2.47 billion menurut Forbes 2015. Angeline Francis Khoo 34, membuat keputusan itu selepas ayahnya yang juga CEO syarikat fesyen Laura Ashley menolak lelaki pilihan nya untuk berkahwin.

Angeline bersama lelaki pilihannya

Angeline yang dilaporkan memilih untuk memutuskan ikatannya dengan bapanya dan juga bisnes keluarga apabila ayahnya, Tan Sri Khoo Kay Peng tidak merestui hasratnya untuk berkahwin dengan jejaka pilihanya yang berasal dari Caribbean, Jedidiah Francis. Mereka berkenalan ketika kedua-duanya melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford.

Angeline juga berkata yang beliau juga telah diasuh sejak dari kecil untuk mewarisi perniagaan milik bapanya itu.

Tan Sri Khoo Kay Peng dan bekas isteri yang juga ratu cantik

Keluarga ini juga pernah mencetuskan kontroversi apabila Tan Sri Khoo dan isterinya Pauline Chai ingin bercerai. Kes penceraian berprofil tinggi itu telah berakhir pada April tahun ini yang juga memerlukan ayah Angeline membayar sekitar RM478 juta kepada ibunya. Kes penceraian itu juga dilaporkan merupakan kes penceraian termahal yang pernah berlaku di United Kingdom (UK).

Walaubagaimanapun, air yang dicincang tidak akan putus begitu jugalah pertalian darah anak dan bapa. Angeline juga masih berharap yang dia dan ayahnya dapat berbaik suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat