Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Rasa Dianiaya, Mahu Saman Pihak Kerajaan


Penganiayaan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Tidak kira sama ada korang orang yang berpangkat ataupun tidak. Kalau dahulu, kebanyakan mereka yang dianiaya adalah orang miskin, orang yang tidak berpangkat dan bukan orang-orang besar.

Namun apa yang berbeza apabila orang berkedudukan dan berpangkat tinggi dianiaya adalah mereka akan melakukan tindakan seperti menyaman pihak yang menganiaya dirinya.

Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Rasa Dianiaya, Mahu Saman Pihak Kerajaan

Seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang akan mengambil tindakan undang-undang setelah beliau ditamatkan dalam jawatan tersebut pada 12 Disember.

Terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Kerajaan dan menganggap ianya sebagai satu penganiayaan. Keputusan tersebut turut membuatkan dirinya tidak berpuas hati setelah dia menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam bidang tersebut.

Beliau juga bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penamatan perkhidmatan beliau.

“Saya tidak berpuas hati dengan keputusan penamatan perkhidmatan saya dan saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiaya saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam.”

Walaupun begitu, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah sempat menasihati semua pegawai awam agar menghormati dan menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Bagindan Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan yang memerintah.

““Sungguh pun demikian, saya juga mengambil kesempatan untuk menasihati semua pegawai awam menumpahkan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, memegang prinsip berintegriti, tidak rasuah dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.”

“Demi menjaga nama baik dan kepentingan anggota perkhidmatan awam, keputusan kerajaan ini akan diteliti secara mendalam, sekiranya sesuai dan perlu semakan perundangan akan dilakukan.”

Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah turut menjelaskan bahawa dia tidak diberikan notis yang munasabah. Beliau baru diserahkan surat penamatan perkhidmatan yang bertarikh 1 Disember itu semalam.

Manakala menurut Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, penamatan tersebut dibuat selepas melalui semua prosedur Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA) dan diteliti peguam negara.

Walaubagaimanapun ada petikan yang diambil dari Malaysia Kini yang menceritakan lebih lanjut. Salah satunya berkenaan beberapa perkara yang tidak disenangi oleh segelintir pihak.

Tak disenangi segelintir pihak’

Selain itu, katanya, termasuk memberikan teguran untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan, lawatan mengejut serta mengurangkan kerenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan.

Namun, katanya di sebalik usahanya itu, terdapat beberapa perkara yang tidak disenangi oleh segelintir pegawai awam yang mempunyai kepentingan dalam perkhidmatan awam dan bersama pihak luar. 

“Justeru, beberapa usaha tanpa henti telah dilaksanakan untuk memburukkan imej dan reputasi saya melalui isu-isu tular di media sosial dan media massa yang semakin memuncak dengan tindakan penamatan perkhidmatan saya semalam. 

“Untuk maklumat rakyat Malaysia, saya menegaskan bahawa saya tidak pernah mengancam kepentingan awam dalam sebarang perkhidmatan dan tindakan saya semasa menjawat jawatan sebagai KPPA, saya telah menjalankan tugas saya secara amanah dan tegas,” katanya.

Tambahnya, dia juga berdepan dengan kekangan menjalankan tugasnya dengan efisien ketika menyandang jawatan tersebut, terutamanya berhubung kenaikan pangkat perkhidmatan awam. 

Ada sahaja pihak yang berusaha untuk menghalang beliau sejak memegang jawatan ketua pengarah

“Sejak saya menjawat jawatan ketua pengarah perkhidmatan awam ini, terdapat usaha untuk menghalang saya bertindak dengan efisien dan segera apabila beberapa mesyuarat penting kenaikan pangkat telah ditangguh oleh ketua setiausaha negara sebagai tuan pengerusi mesyuarat seperti Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat perkhidmatan awam. 

“Saya juga tidak boleh membuat keputusan sewenangnya untuk melantik dan memberikan kenaikan pangkat pegawai awam kerana ianya perlu melalui Mesyuarat Lembaga,” katanya. 

Justeru itu, dia berkata kelewatan mengadakan Mesyuarat Lembaga telah menyebabkan banyak jawatan penting yang kosong dalam sektor awam tidak diisi dengan segera, terutamanya di peringkat pengurusan tertinggi kementerian atau agensi.

Sebelum ini, satu portal berita melaporkan bahawa penamatan itu berdasarkan nasihat lembaga disiplin. Keputusan itu dikatakan dibuat sebelum pilihan raya umum ke-15.

Akaun Facebook dengan nama “Harapan Malaysia” menyebarkan surat penamatan itu, yang didakwa dikeluarkan kepada Shafiq, dalam sebuah kumpulan bernama “Pakatan Harapan Malaysia” malam tadi.

“Harapan Malaysia” mendakwa Shafiq melanggar banyak peraturan perkhidmatan awam. Bagaimanapun, Shafiq dalam kenyataannya berkata dia ikhlas dan jujur dalam melaksanakan tugasnya.

– dipetik dari Malaysia Kini 

Sumber: Malaysia Kini

Baca juga: “Mungkin Bernasib Baik Sebab Anak-Anak” Wanita Trauma Hampir Kemalangan Kongsi Video Kejadian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat