“Mungkin Bernasib Baik Sebab Anak-Anak” Wanita Trauma Hampir Kemalangan Kongsi Video Kejadian


Saban tahun kemalangan jalan raya semakin meningkat. Hampir setiap hari dan setiap masa berlakunya kemalangan. Tidak kira sama ada kemalangan yang meragutkan nyawa ataupun tidak. Kemalangan yang teruk mahupun tidak.

Kemalangan yang berlaku itu disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya keadaan jalan raya. memandu kenderaan melebihi jumlah had laju dan kecuaian pemandu dalam memandu kenderaan di atas jalan raya.

Faktor-faktor tersebut secara tidak langsung membawa kemudharatan kepada berpuluh-puluh ribu pengguna jalan raya yang lain. Ada yang memandu kenderaan dalam keadaan selamat dan berhati-hati namun disebabkan orang lain, turut terpaksa menanggung akibat.

“Mungkin Bernasib Baik Sebab Anak-Anak” Wanita Trauma Hampir Kemalangan Kongsi Video Kejadian

Seperti mana yang dikongsikan oleh NorDianah Saadun menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan matanya. Kejadian tersebut melibatkan kereta Perodua Myvi merah yang berada di hadapannya dan sebuah lagi tidak dapat dipastikan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kereta yang melanggar Perodua Myvi tersebut datang daripada arah bertentangan. Myvi yang berada di hadapan kereta NorDianah tidak dapat mengelak lalu bertembung sebelum masuk ke dalam gaung.

Kejadian yang secara tiba-tiba berlaku itu telah menyebabkan NorDianah trauma. Tidak berhenti mengucapkan rasa syukur kerana dia terselamat dalam kejadian tersebut walaupun kenderaan miliknya berada di belakang Myvi.

Menurut wanita ini, mungkin disebabkan ada anak-anaknya di dalam kenderaan tersebut dan Allah masih melindungi mereka. Walaubagaimanapun, tidak dapat diketahui dengan jelas apakah keadaan mereka yang berada di dalam kereta Perodua Myvi tersebut.

kemalangan

kadang2 kita da sgt berhati2….tp ble Allah da takdirkn itu yg akn jadi..maka…jadi la ia…. Allah masih lindungi aku sbb mayb dlm kereta ada ank3….jd mayb aku brnasib baik sbb ank3….n kejadian ni jd peringatan utk aku dr Dia….t.ksh YaAllah….

Pertembungan yang cukup kuat dan laju menggerunkan ramai orang. Kejadian yang secara tiba-tiba berlaku dan langsung tidak dijangka oleh akal fikiran. Sedangkan sudah memandu dengan berhati-hati.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh mereka yang menonton video tersebut. Selain ada yang tertanya-tanya bagaimana nasib dan keadaan pemandu kereta Myvi tersebut, ada juga yang mengatakan wanita ini terselamat kerana bersedekah.

“munkin tgn kanan anda anda menderma tanpa d ketahui tgn kiri……ALLAH bls dari terhindar musibah ini…”, tulis Shukur Mohamed Nor

Manakala ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, kemalangan sebegini adalah yang paling takut namun kita tak mampu nak elak takdir. Hanya mampu berdoa semoga Allah lindungi kita.

“itu yg paling takot..tp kita x mampu nk elak takdir..cuma mampu doa moga Allah lindungi kita”, tulis raffieahmad

Kemalangan jalan raya ataupun apa-apa yang berlaku di sekililing kita ada kententuan dan takdir Allah SWT. Kita tidak mampu berbuat apa-apa, kita hanya disarankan untuk banyak-banyak berdoa, bersedekah dan memohon keampunan dari Allah.

Sumber: TikTok NorDianah Saadun

Baca juga: Cuba Aktiviti Ekstrem, Gadis Ini Terkejut & Hampir Tercampak Telefon Bila Tiba-Tiba..

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat