"Ubat Kencing Manis Tak Kan Sembuhkan Kencing Manis", - Dr Mani – Daily Rakyat

“Ubat Kencing Manis Tak Kan Sembuhkan Kencing Manis”, – Dr Mani


Tidak dinafikan sekarang ini ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis. Bukan sahaja golongan yang berusia malah kanak-kanak dan juga golongan dewasa turut sama menghidap penyakit tersebut.

Kencing manis atau turut dikenali sebagai diabetes merupakan salah satu masalah kesihatan yang kronik. Ia melibatkan keupayaan tubuh untuk memproses glukosa darah atau gula dalam darah. Hal ini berlaku sama ada tubuh badan kita menghasilkan insulin yang cukup ataupun dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

Bagi mereka yang menghidap kencing manis akan diberikan ubat oleh doktor. Selain diberikan ubat, kebanyakan penghidap perlu datang ke Klinik atau Hospital secara berkala. Setelah diberikan ubat, pastinya para penghidap kencing manis perlu memakannya.

Namun apa yang pelik, kenapa mereka yang menghidap kencing manis ini tidak sembuh-sembuh walaupun sudah bertahun-tahun memakan ubat yang disarankan oleh doktor.

“Ubat Kencing Manis Tak Kan Sembuhkan Kencing Manis” – Dr Mani

Rupa-rupanya ubat kencing manis yang dimakan oleh pesakit diabetes adalah bukan untuk menyembuhkan penyakit tersebut. Menurut Dr Mani menerusi aplikasi TikTok nya, walaupun ubat kencing manis yang diberikan oleh para doktor adalah mahal namun ia tetap tidak dapat menyembuhkan.

Ubat-ubat tersebut hanya akan kurangkan simptom kencing manis sahaja. Contohnya, para gula sebelum ini 15 namun selepas makan ubat ini akan jadi 6.

Ramai yang beranggapan makan ubat kencing manis dia akan sembuh namun Dr Mani menegaskan ubat-ubat tersebut tak kan sembuhkan penyakit tersebut. Turut memberitahu, para penghidap akan makan ubat tersebut seumur hidup

“Tahu tak ubat yang kita makan semua macam Xigduo yang biasa medical centre bagi tu, mahal-mahal tu, XR, Janumet. Dekat Klinik Kesihatan Metformin, Diamicron, semua ni semua ubat mahal. Ni semua ubat kencing manis tapi kita tahu tak ubat-ubat ni semua tak kan sembuhkan kencing manis.”

“Sebenarnya ubat-ubat ini semua akan kurangkan simptom kencing manis saja. Katakan gula 15 makan ubat ini jadi 6. Tapi dia takkan sembuhkan kencing manis, 99% orang ingat makan ubat kencing manis, dia akan sembuh. Tak, ubat ini semua tak akan sembuhkan kencing manis. “

“Biasa klinik kesihatan ke swasta ke akan bagi ubat kencing manis sampai seumur hiduplah. Kalau kata sampai matilah sebab dia orang tak faham macam mana nak hilangkan kencing manis atau reverse kencing manis. ” Jelas Dr Mani dalam video tersebut.

kencing manis

Dr Mani turut memberitahu akan berkongsi cara hilangkan kencing manis pada video seterusnya nanti.

Semoga perkongsian ringkas dari Dr Mani ini dapat membuka minda dan fikiran kita semua. Lebih-lebih lagi mereka yang menghidap kencing manis atau diabetes ini. Semoga tiada lagi tanggapan warga emas dan orang ramai bahawa ubat kencing manis yang dimakan menyembuhkan penyakit yang dihidapinya.

Bagi mereka yang masih sihat walafiat, jagalah pemakanan dan gaya hidup kita. Amalkan gaya hidup yang sihat inshaAllah kita bakal dilindungi dari segala macam penyakit.

Sumber: TikTok Dr Mani

Baca juga: Bonggol Dibina Terlampau Tinggi Cetus Kemarahan Orang Ramai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat