Bamboo Village: Lokasi Percutian Yang Sesuai Bagi Pencinta Alam Semulajadi

Sumber Rujukan : kongsi tempat menarik di Malaysia

Mati – mati ingatkan di Jepun takdi, rupa – rupanya dekat Hulu Langat saja tak jauh pun. Wah! Tak dapat ke Jepun, dapat ke taman Jepun macam ni pun jadi lah. Ha! Nak tahu apa nama tempat yang menarik ini seakan-akan anda berada di Jepun? Ini lah dia Bamboo Village, Hulu Langat.

Cantik gila kan tempat dia! Bamboo Village adalah lokasi percutian yang sangat sesuai bagi pencinta alam semulajadi dengan persekitarannya dipenuhi tumbuhan hijau dan keindahan pemandangannya.

Selain itu, bagi yang ingin mencari ketenangan dan jauh dari kesibukan kota, saya cadangkan supaya anda datang ke sini untuk tenangkan fikiran kerana ia merupakan sebuah rumah penginapan ataupun resort yang berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur. Malah bagi yang baru berkahwin juga yang mana sedang memikirkan di mana destinasi untuk berbulan madu, elok sangatlah datang ke sini.

Bamboo Village ini yang terletak di kawasan pendalaman Batu 11, Hulu Langat berkonsepkan buluh di dalam hutan, rekaannya ala-ala tempat perkampungan di Jepun, ia adalah satu tempat perlindungan dan dipelihara untuk mengekalkan persekitaran semulajadi hutan yang indah. Mereka amat menitikberatkan kebersihan di sini.

Bagi mereka yang nak bawak family yang ramai tu risau kalau tak muat nak duduk? Jangan risau sebab dekat sini diorang menyediakan pelbagai jenis rumah untuk anda tinggal mengikut pilihan, bilangan orang dan keselesaan korang, jadi korang hanya membuat tempahan mengikut kekosongan yang ada. Dekat sini harga penginapan pun berpatutan takdelah mahal sangat, harga mengikut jenis rumah penginapan korang. Yang paling pentingnya dekat sini ada macam-macam kemudahan elektrik, kipas dan dapur korang pun boleh masak-masak dekat sini. Serius pemandangan dekat Bamboo Village ini sangat cantik!

Apa Aktiviti Yang Ada Di Bamboo Village?

Selain daripada kemudahan elektrik yang ada di resort ini, terdapat banyak tarikan lain yang boleh korang lawati seperti Kolam Air Panas, Air Terjun, Jungle Trekking, Restoran dan Pasaraya Kecil. Yang datang bawak satu family tu nak beriadah, korang pun boleh buat macam-macam aktiviti sukaneka dekat sini lagi best. Malah dekat sini pun korang boleh melakukan aktiviti – aktiviti sukarelawan tau.

Bukan itu saja, waktu malam korang juga boleh tengok keindahan panorama bandaraya Kuala Lumpur. Korang boleh pergi ke kawasan bukit yang berhampiran dengan Look Out Point. Kalau korang lapar nak berjalan malam-malam kan korang boleh pergi ke pasar malam hanya 20 minit pemanduan menaiki kereta dari Bamboo Village. Beli banyak-banyak makanan pastu berkhelah sambil menghirup udara yang segar wauuu best sangat-sangat!

Bamboo Village merupakan tempat percutian yang sangat cantik bagi mereka yang ingin melihat keindahan alam sambil-sambil bercuti. Malah dekat sini sangatlah sesuai bagi mereka yang menghargai alam semulajadi. Bagi yang teringin sangat nak ke Jepun, pastikan korang datang ke Bamboo Village dulu merasai pengalaman dan keindahan seperti berada di perkampungan Jepun. Saya pasti korang akan gembira dan berpuas hati bercuti di Bamboo Village ini dan mesti nak datang lagi hehehe.

Untuk pertanyaan atau tempahan korang boleh hubungi :

019-2275620 / 016-2226424 ( En.Ramadhan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat