Doktor Ini Dedah Ubat Mujarab Untuk Anak-Anak Mudah Tidur Malam


Memiliki anak adalah idaman kebanyakan pasangan yang berumahtangga. Namun begitu, ada yang dikurniakan rezeki pada awal perkahwinan dan ada juga yang masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin.

Bagi mereka yang sudah dikurniakan buah hati setelah setahun membina rumahtangga pastinya kehidupan mereka akan sedikit berubah. Mana tidaknya, banyak perkara yang perlu diubah serta dilakukan apabila sudah melahirkan cahaya mata ini.

Lebih-lebih lagi di fasa awal kelahiran. Kehidupan ibu bapa akan berubah 360 darjah, kalau sebelum ini hanya menjaga diri sendiri namun tidak lagi setelah dikurniakan cahaya mata. Banyak masa dihabiskan untuk yang tersayang.

Tidak dinafikan, menjaga anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu mempunyai kesabaran yang cukup luar biasa dalam menguruskan dan menjaga mereka. Bukan sekadar perlu ada wang ringgit semata-mata, namun banyak lagi aspek yang perlu dititik beratkan.

Doktor Ini Dedah Ubat Mujarab Untuk Anak-Anak Mudah Tidur Malam

Berkait rapat dengan anak-anak ini, pasti ramai dalam kalangan korang yang mempunyai anak-anak yang agak sukar untuk tidur pada waktu malam. Bukanlah ketika bayi namun ketika mereka berumur 2 tahun ke atas.

Jadi mungkin korang boleh ikuti cara dan tips yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan mengenai cara mujarab untuk anak-anak mudah tidur malam. Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Pantai, ‘ubat’ tidur mujarab untuk anak.

Percuma pulak tu.

Bawak anak main pantai waktu petang, siap terus sekali dengan makanan.

Lewat petang balik rumah, mandikan anak. Lepas maghrib, tewas terus diorang tau.

Main pantai macam ni, dapat turunkan hormon stress cortisol dalam badan anak. Anak-anak akan lebih mudah untuk tidur malam hari sebab paras hormon stress dah menurun.

Letih main macam-macam mainan di pantai.

Tanah.

Pasir.

Air laut.

Kulit kerang.

Daun kering.

Kayu kering.

anak-anak mudah tidur

Semua ni mainan yang anak akan jumpa di pantai.

Biar anak bermain dengan alam.

Makin banyak mereka terdedah dengan alam, makin kurang stress dalaman, makin mudah untuk anak tidur malam.

Bukan anak je, kita pun sama.

Kalau penat sangat, emosi tak terurus, serabut, keluar kejap cari pantai.

Berinteraksi dengan alam, ciptaan Allah percuma untuk kita, yang pasti adanya kebaikan buat semua.

Semoga perkongsian ubat tidur yang mujarab untuk anak-anak ini sedikit sebanyak dapat membantu para ibu bapa di luar sana sekalian. Namun cara ini mungkin agak sukar untuk digunakan bagi mereka yang menetap atau tinggal jauh dari kawasan pantai.

Selain cara di atas, mungkin para ibu bapa boleh menggunakan cara yang berikut iaitu pastikan rutin harian yang konsisten setiap hari. Contohnya, tidurkan dan bangunkan anak-anak semula pada waktu yang tetap ataupun sama setiap hari.

Seterusnya, gunakan tempat atau ruang tidur yang sama. Sekiranya anak anda tidur di biliknya sendiri pada malam hari, gunakan bilik yang sama untuk mereka tidur pada waktu siang serta elakkan tidur di hadapan televisyen.

Sumber: Dr Mazlina Mazlan

Baca juga: “Ubat Kencing Manis Tak Kan Sembuhkan Kencing Manis”, – Dr Mani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat