“Handsome nya..” Gelagat Kanak-Kanak Gembira Dapat Bertemu Tengku Hassanal Tarik Perhatian Ramai


Tengku Hassanal atau nama sebenarnya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

Baginda diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Tidak dinafikan baginda Tengku Hassanal merupakan seorang yang cukup tampan. Wajahnya pula sangat berseri, sesiapa sahaja pasti akan teruja saat melihat muka baginda.

Tengku Hassanal bukan sahaja menjadi kegilaan para gadis namun turut menjadi kegilaan kanak-kanak. Mungkin dek kerana sifat baginda yang peramah dan sangat kasih kepada rakyat membuatkan rakyat menyukai baginda. Apabila ada peluang untuk bertemu, pasti ramai dalam kalangan rakyat cukup gembira dan teruja.

“Handsome nya..” Gelagat Kanak-Kanak Gembira Dapat Bertemu Tengku Hassanal Tarik Perhatian Ramai

Seperti mana video viral menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan gelagat kanak-kanak di Kampung Gajah Mati, Mentakab, Pahang gembira dan teruja ketika dapat berjumpa dengan Tengku Hassanal.

Apabila kanak-kanak berkenaan melihat kereta milik baginda berhenti, dua orang kanak-kanak tersebut kelihatan melompat dan sempat berkata, “handsome nya”. Kemudiannya, kanak-kanak berkenaan menyambut tangan baginda yang menghulurkan salam.

Selain bersalaman dan bermesra dengan penduduk setempat, Tengku Hassanal juga dilihat menyedekahkan wang kepada kanak-kanak di situ. Dalam masa yang sama, pemilik video berkenaan sempat mengucapkan terima kasih kepada Tengku Hassanal kerana sudi singgah di rumahnya.

Tq Tengku Haasanal singgoh umoh..Kg Gajah Mati Mentakab

Video yang dikongsikan oleh Nurnajwa Alhuda ini telah menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi saat melihat kanak-kanak tersebut yang melompat gembira apabila melihat Tengku Hassanal di depan mata.

Seronoknya adik-adik ni jumpa tuanku..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang meluahkan hasrat ingin bertemu Tengku Hassanal namun ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, adik yang kecil pun melompat, kalau akak yang besar ni mungkin terguling.

“adik yg kecik pon melompat²,kami akk² yg da besar ni kalau jumpe mgkin terguling² kot”, tulis mimi zainal

Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis seronoknya adik-adik tersebut dapat jumpa Tuanku. “Seronoknya adik-adik ni jumpa tuanku”, tulis anisahhh

Betul juga ya apa yang diberitahu oleh segelintir warga TikTok, kanak-kanak pun sudah melompat gembira dapat berjumpa baginda. Bagi yang sudah dewasa ni mungkin lebih daripada itu. Namun apa yang membezakannya adalah kita dapat mengawal diri.

Sekadar makluman, Tengku Hassanal diputerakan dalam sebuah kerabat bangsawan yang merupakan kerabat diraja Pahang (ayahanda) dan Johor (bonda). Baginda merupakan cucunda kepada Sultan Pahang Moden ke-5, Almarhum Sultan Ahmad Shah dan Almarhumah Tengku Ampuan Afzan.

Dari sebelah bondanya pula baginda merupakan cucunda kepada Sultan Johor Moden ke-4, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom. Tengku Hassanal juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Johor terkini, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tengku Hassanal telah diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang yang berkuat kuasa pada 18 Jun 2018. Manakala pada 29 Januari 2019, baginda dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagia Sultan Pahang yang ke 6.

Sumber: TikTok Nurnajwa Alhuda & wikipedia

Baca juga: Penjawat Awam Ditemui Jiran Dalam Keadaan Tergantung Di Tepi Tangga Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat