Kenapa Bahaya Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral? Jom Ketahui Lebih Lanjut
Setiap ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik buat bayi mereka. Dari segi pakaian, tempat tinggal, suasana dan makanan. Pasti juga setiap ibu inginkan anak mereka membesar dengan baik hasil dari pemakanan yang berkhasiat.
Seperti yang ramai ketahui, susu ibu adalah antara makanan dan minuman yang terbaik untuk tumbesaran anak. Namun tidak semua para ibu mampu memberikan susu badan kepada anak.
Ada yang hanya berpeluang memberikan susu badan kepada anak dalam masa yang sekejap dan ada juga yang berjaya memberikan susu kepada anak mereka sehingga usia anak-anak mencecah 2 ke 3 tahun.
Namun begitu, bagi mereka yang tidak memberikan susu badan pastinya akan memberikan susu formula. Bagi membancuh susu formula ini, pelbagai pilihan air pilihan dan jenis air putih yang boleh digunakan antaranya air tapisan, air minuman dan juga air mineral.
Kenapa Bahaya Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral? Jom Ketahui Lebih Lanjut
Namun berkait rapat dengan air mineral ini, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui bagi memastikan buah pinggang bayi anda tidak terbeban dan berada dalam keadaan sihat serta selamat.
Menurut UK Department of Health, air mineral semulajadi tidak sesuai digunakan untuk membancuh susu formula. Hal tersebut adalah kerana air mineral boleh mengandungi kepekatan bahan terlarut yang lebih tinggi seperti natrium, nitrat, fluorida dan sulfat.
Kandungan tersebut menjurus beban terlebih larut jika ia diberikan kepada bayi. Manakala bagi air paip yang diminum setiap hari iaitu yang dimasak terlebih dahulu hanya mengandungi klorin dan fluorida. Semua mineral pula dikeluarkan ketika proses rawatan.
Berbalik kepada air mineral pula, walaupun kompisisi air mineral telah berubah, mineral tambahan tidak ditambah mahupun dihilangkan darinya. Oleh itu, Jabatan Kesihatan menyarankan supaya ibu bapa memeriksa label pada botol terlebih dahulu.
Mereka juga menyarankan agar ibu bapa tidak menggunakan air dalam botol yang dilabel sebagai ‘air mineral semulajadi‘ kerana tidak mencapai tahap piawaian air paip dan lain-lain minuman botol. Sementara itu, air minuman yang tidak dilabel sebagai air mineral didapati mematuhi piawain asas sama seperti bekalan air paip.
Risiko kesihatan bayi jika bancuh susu guna air mineral – kenyataan Jabatan Kesihatan UK
Manakala menurut Weaning and The Weaning Diet, Jabatan Kesihatan UK turut mengeluarkan kenyataan pada tahun 1994 mengenai risiko kesihatan bayi jika membancuh susu menggunakan air mineral.
“Pengambilan sodium berlebihan tidak diperlukan terutama pada bayi.
Kandungan nitrat yang tinggi dalam air adalah salah satu punca masalah methaemoglobinaemia di kalangan bayi.
Kandungan nitrat dan sulfur yang tinggi ada dalam air mineral semula jadi. Para sulfat yang tinggi iaitu 400 – 500 miligram per liter berisiko seperti julap (menyebabkan pergerakan usus berlebihan) terutama pada kanak-kanak.
Air mineral semula jadi boleh mengandungi jumlah fluorida yang berbeza dengan tahap tinggi yang tidak sesuai sebagai sebahagian daripada diet bayi.”
Semoga penjelasan berkenaan dengan air mineral bahaya digunakan untuk membancuh susu formula dapat membantu anda dan keluarga hidup dalam keadaan lebih sihat. Jaga kesihatan lebih-lebih lagi bayi anda kerana kesihatan amat mahal.
Sumber: UK Department of Health
Baca juga: Wanita Ini Dedah Tak Boleh Makan Ginjal Ayam, Memang Terbukti Bahaya!