Sejauh Manakah Google Tahu Tentang Anda ? Wanita Ini Dedahkan Apa Yang Browser Ini Tahu Mengenai Pengguna Melalui Ads Setting Google


Seperti yang kita tahu, Google berkebolehan untuk simpan banyak informasi tentang pengguna termasuklah butiran peribadi. Namun sebagai pengguna, sejauh manakah pengetahuan Google mengenai kita ?

Untuk menjawab pertanyaan ini, seorang wanita telah mendedahkan cara Google kumpul  maklumat pengguna secara terperinci.

Perkongsian menerusi TikTok ini telah berjaya menarik perhatian ramai warganet. Rupa-rupanya mudah saja untuk semak data yang disimpan oleh Google mengenai pengguna.

hanya search Ads setting google untuk ketahui tentang tetapan ini dengan lebih lanjut

Caranya ialah dengan pergi ke tetapan Google melalui pautan adssetting.google.com. Pautan ini akan membawa anda ke laman Ads Setting Google.

Pengguna yang belum Sign in perlulah berbuat sedemikian sebelum ke langkah seterusnya.

Ads Setting Google Bijak Meneka Perkara Kesukaan Pengguna

Setelah anda Sign In, anda pasti akan terkejut dengan senarai maklumat yang Google ketahui tentang pengguna. Antara maklumat yang disimpan ialah jantina, umur, dan bahasa yang digunakan.

Lebih menarik lagi, Google juga menyimpan maklumat tambahan pengguna tentang topik atau perkara yang diminati.

Dalam video TikTok wanita ini, Google mendedahkan topik kegemarannya dengan tepat iaitu peralatan audio dan senibina.

Pendedahan Mengenai Ads Setting Timbulkan Pelbagai Reaksi Dari Warganet

Sejak video ini tular, ribuan pengguna media sosial yang memiliki akaun Google berikan komen berbeza mengenai Ads Setting Google.

Kebanyakannya terkejut dengan jumlah informasi yang disimpan oleh browser ini.

Ada sesetengah pengguna yang terkejut dengan ketepatan informasi yang diketahui Google. Oleh sebab itulah sesetengah pengguna memilih untuk padam tetapan ini. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah melalui pautan yang sama.

Google Ads Setting boleh dipadam dengan tetapan mudah

Namun, sesetengah pengguna pula berikan reaksi berbeza kerana informasi pada Ads Setting mereka adalah tidak tepat sama sekali.

Contohnya, seorang pengguna berumur 19 tahun mengulas yang Google merekodkan dia sebagai wanita berusia 44 tahun.

Pengguna lain pula berkongsi tentang minat yang direkodkan oleh Google adalah jauh berbeza berbanding apa yang Google simpan di Ads Setting.

Punca sebenar mengenai maklumat tidak tepat ini tidak diketahui. Namun, ia boleh berlaku apabila pengguna berkongsi akaun dengan individu lain seperti keluarga atau rakan terdekat.

Bagaimana Google Simpan Maklumat Pengguna ?

Walaupun kadang kala tidak tepat, kita tidak boleh nafikan kepintaran tetapan Ads Setting dalam menyimpan maklumat seseorang melalui penggunaan Google.

Antara cara Google jejak maklumat pengguna ialah melalui aktiviti seperti tontonan video, data dari cookie, lokasi dan iklan yang pengguna sering pilih.

Menurut Google, segala informasi ini disimpan semata-mata untuk memastikan pengguna dapat perkhidmatan yang lebih baik dan bersesuaian mengikut minat.

Ads Setting Google paparkan maklumat peribadi serta minat pengguna

Mengulas lanjut, Google juga gunakan data yang didapati untuk mempamerkan iklan yang lebih relevan kepada pengguna yang gunakan perkhidmatan sedia ada seperti Google Search dan Youtube.

Data ini juga akan diguna pakai untuk menyajikan iklan pada aplikasi dan laman web yang gunakan Google Ads.

Yang paling penting sekali, Google telah memberi jaminan untuk tidak menjual data peribadi pengguna. Bagi pengguna yang risau aktiviti stalking yang Google lakukan ini, anda boleh padam option Google ad personalization bila-bila masa sahaja pada pautan yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat