Pacat Gigit Kaki, Budak Lelaki Ini Menggelupur Buat Ramai Pecah Perut


Musim tengkujuh sudah tiba. Seperti tahun-tahun sebelum ini juga, apabila menjelang akhir tahun rakyat Malaysia perlu bersedia dengan banjir yang bila-bila sahaja boleh berlaku. Khususnya mereka yang tinggal di pantai timur.

Apa yang menyeronokkkan saat musim tengkujuh adalah orang kampung dan mereka yang tinggal berdekatan dengan sawah padi, parit serta sungai akan keluar menangkap ikan. Kebiasaannya mereka akan memasang pukat di beberapa tempat tertentu.

Selain aktiviti memukat, ada juga dalam kalangan penduduk keluar bermain air banjir. Lebih-lebih golongan kanak-kanak ataupun remaja sekolah. Malah cuti sekolah sudahpun bermula, pasti ada yang sedang sakan berseronok bermain air dan memukat ikan.

Pacat Gigit Kaki, Budak Lelaki Ini Menggelupur Buat Ramai Pecah Perut

Berkenaan dengan bermain air banjir ini, terbaharu viral sebuah video menerusi aplikasi TikTok yang memaparkan seorang budak lelaki menggelupur hingga terduduk apabila kakinya digigit pacat.

Sewaktu kejadian, budak lelaki berkenaan sedang berada di atas jalan raya yang dinaiki air. Walaubagaimanapun, budak lelaki berkenaan tiba-tiba menggelupur selepas perasan terdapat pacat di kakinya.

Sempat menghentak kakinya berkali-kali dan menjerit sambil belari sebelum terduduk. Menerusi video tersebut juga dapat dilihat dia berusaha untuk mencabutnya namun tidak berjaya.

Kawan-kawan budak lelaki berkenaan yang berada di tempat kejadian pula tidak dapat menahan ketawa. Ada yang terduduk dan terguling di dalam air. Mungkin berasa kasihan melihat budak lelaki ini menggelupur ketakutan, salah seorang daripada kawannya kemudiannya tolong mencabut pacat tersebut.

Tukang rakam seronok eh gelakkan kawan..

Menjengah ke ruangan komen pada video yang dikongsikan oleh fikrihensemmm ini, rata-rata warga TikTok turut terhibur dengan gelagat budak lelaki berkenaan yang menggelupur sedemikian rupa.

Dalam masa yang sama, ada yang meninggalkan komen menyatakan pacat sahaja. Belum lagi digigit lintah, kalau digigit lintah tak tahu macam mana. “Pacat jaa. Kalau lintah tak tahu cam na”. tulis pemilik akaun TikTok dengan nama Madd.

Tidak kurang juga ada yang perasan tukang rakam video berkenaan yang gelak tak ingat dunia. ” tukang rakam seronok ehh gelakkan kawan”, tulis bbk.

Jangan pandang rendah dekat seseorang disebabkan dia takut akan pacat. Tidak semua orang berani dan boleh memegang pacat ini sebenaranya. Begitu juga dengan lintah.

Sekadar makluman, pacat dan lintah merupakan sejenis haiwan anelid. Di muka bumi ini terdapat pelbagai jenis lintah dan pacat. Antaranya lintah air twar, lintah air laut, lintah daratan dan pacat di daratan. Kedua-duanya sangat gemar menghisap darah.

Sama seperti golongan Oligochaeta yang lain lazimnya lintah akan menampakkan anggota klitelum (bahagian kelenjar yang membengkak pada kulit anelid) sama seperti cacing tanah yang merembeskan kokun dan bahan nutrien untuk embrio. Lintah dan Pacat lazimnya juga merupakan haiwan hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina sekali) seperti cacing.

Dilaporkan ada sesetengah jenis lintah mempunyai kegunaan dalam perubatan menghisap darah sejak ribuan tahun dahulu akan tetapi kebanyakan lintah atau pacat tidak menghisap darah begitu saja.

Sumber: fikrihensemmm

Baca juga: Lelaki Ini Buat Pesanan McDonalds Lebih RM4,000 Buat Ramai Terkejut Namun Rupa-Rupanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat