Bonggol Dibina Terlampau Tinggi Cetus Kemarahan Orang Ramai


Bagi memastikan pengguna jalan raya berada dalam keadaan selamat, beberapa papan tanda atau pun peraturan telah ditetapkan. Sebagai pengguna, seharusnya kita perlu sentiasa mematuhi peraturan tersebut. Jangan cuai, jangan memandu dalam keadaan mabuk dan jangan memandu dalam keadaan merbahaya.

Walaubagaimanapun, kadang kala ada penyebab lain yang menyebabkan berlakunya kemalangan. Bukan disebabkan kecuaian pemandu atau pengguna jalan raya namun disebabkan oleh keadaan jalan raya itu sendiri. Cukai jalan dibayar saban tahun, namun masih banyak lagi kerosakan jalan raya yang tidak dibaik pulih sehingga meragut nyawa mereka yang tidak bersalah.

Selain itu, ada juga segelintir pihak yang seakan-akan tidak berfikir saat melakukan sesuatu apabila membuat bonggol yang terlampau tinggi. Sehinggakan bonggol tersebut yang sepatutnya dibuat untuk langkah keselamatan namun sebaliknya pula terjadi.

Bonggol Dibina Terlampau Tinggi Cetus Kemarahan Orang Ramai

Seperti mana video yang dikongsikan oleh Yana meru menerusi aplikasi TikTok apabila bonggol yang membahayakan nyawa ramai orang itu terletak di Seksyen 7, Shah Alam.

Bonggol yang dikatakan baru dibuat itu terlampau tinggi selain tiada papan tanda yang menunjukkan ada bonggol tersebut. Bagi pengguna jalan raya yang sering melalui jalan tersebut sebelum ini, pasti tidak perasaan akan bonggol tersebut dan akan memandu dengan had laju seperti kebiasaannya.

Menerusi video tersebut juga, dapat dilihat dengan jelas loncatan tinggi kereta dan motosikal yang melalui bonggol tersebut. Kalau bonggolnya rendah mungkin tidak mengapa, namun ini baru sahaja dibuat namun cukup tinggi.

Malah sebelum ini, ada juga video yang memaparkan beberapa buah kenderaan hampir kemalangan dek kerana kenderaan paling hadapan menekan brek secara tiba-tiba setelah melihat bonggol tinggi di depannya.

Apabila berhadapan dengan situasi tersebut, sebagai pengguna jalan raya yang sudaj terbiasa dengan keadaan jalan sebelum ini pastinya berasa teramat marah. Marah kepada pihak yang terbabit yang seakan-akan tidak tahu apakah kesannya jika bonggol sebesar ‘bukit’ itu dibuat secara tiba-tiba.

Macam nak jemput orang pergi alam lain..

Ekoran itu, ramai dalam kalangan warga TikTok mengecam tindakan pihak yang terbabit dan ramai dalam kalangan warga TikTok meluahkan rasa kesal serta marah. Ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, bonggol seperti itu bukan bagi pemandu perlahankan kenderaan namun sebaliknya.

“bonggol macam ni bukan untuk bagi pemandu perlahan tapi sebenarnya perlahan lahan meninggal dunia”, tulis iedil

Ada juga yang menulis, bonggol yang dibina tersebut seolah-olah ingin menjemput orang pergi ke alam lain. “Masalahnya dia buat bonggol tinggi gila, macam nak jemput orang pergi alam lain”, tulis EMERGENCY SAVING

Tidak kurang juga ada yang berseloroh kalau ada kenderaan yang laju, terus melekat dekat papan tanda. “Masalahnya dia buat bonggol tinggi gila,macam nak jemput orang pergi alam lain”, tulis pemilik akaun TikTok TOKWAN.

Semoga pihak berkenaan mengambil kesempatan secepat mungkin. Lakukan sesuatu demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Moga selepas ini, pihak yang bertanggungjawab lebih prihatin dalam membina apa-apa keperluan di jalan raya.

Sumber: TikTok Yana meru

Baca juga: Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Rasa Dianiaya, Mahu Saman Pihak Kerajaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat