Waran Tangkap Terhadap Calon Pas Adalah Satu Konspirasi Politik


Pada tahun 2011, satu keputusan dari mahkamah syariah Kota Bharu telah dikeluarkan kepada saya, Wan Ismail bin Wan Jusoh yang merupakan bapa kandung kepada Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa supaya membayar nafkah sebanyak RM500 (Ringgit Malaysia Lima Ratus ) sebulan bagi setiap seorang.

Pada tarikh 15/7/2015, saya Wan Ismail telah memasukkan wang ke dalam akaun Tabung Haji atas nama:

1. Wan Ahmad Firdaus (akaun bersama Wan Shah Jihan b. Wan Din)
Nombor akaun Tabung Haji : KT 351018463
Amaun : RM3000

2. Wan Nor Salwa (akaun bersama Wan Shah Jihan b. Wan Din)
Nombor akaun Tabung Haji: KT 351018462
Amaun : RM3000

* Wan Shah Jihan b. Wan Din merupakan *bapa tiri* kepada Wan Ahmad Firdaus dan Wan Nor Salwa

Pada 5/1/2017, saya telah membuka akaun bank baru di Public Bank cawangan Wakaf Siku atas nama:

1. Wan Ahmad Firdaus (akaun bersama Wan Ismail Wan Jusoh) :
Nombor akaun Public Bank : 6-4197400-28

2. Wan Nor Salwa (akaun bersama Wan Ismail Wan Jusoh) :
Nombor akaun Public Bank : 6-4197399-00

Saya telah memasukkan wang ke dalam akaun tersebut sehingga tarikh 1/3/2018 :

1. Wan Ahmad Firdaus berjumlah sebanyak RM36,061.08 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Enam Ribu Enam Puluh Satu Dan Lapan Sen).

2. Wan Nor Salwa berjumlah sebanyak RM36,057.96 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Enam Ribu Lima Puluh Tujuh Dan Sembilan Puluh Enam Sen).

Wang yang telah dimasukkan ke dalam kedua-dua akaun tersebut sehingga 1/3/2018 adalah :

1. Wan Ahmad Firdaus : RM39,061.08 (akaun Public Bank dan Tabung Haji)

2. Wan Nor Salwa : RM39,057.96 (akaun Public Bank dan Tabung Haji)

Jumlah wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun – akaun bank tersebut adalah sebanyak RM78,119.04 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Lapan Ribu Satu Ratus Sembilan Belas dan Empat Sen).

Pada akhir bulan Disember 2017, saya Wan Ismail telah menerima satu saman dari peguam Rosmah binti Mohd Zain bagi pihak penuntut supaya membayar tunggakan nafkah anak saya dari bulan Julai 2011 sehingga bulan Disember 2017.

Saya telah melantik seorang peguam, Raziman untuk mewakili saya. Segala bukti transaksi pembayaran nafkah seperti yang telah dituntut telah diserahkan kepada peguam Raziman.

Pada bulan Januari 2018, kedua-dua pihak telah bersetuju di hadapan Hakim Mahkamah Syariah Kota Bharu untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah. Semua dokumen berserta buku akaun telah diserahkan kepada peguam penuntut.

Pada hari ini, tarikh 6/5/2018 Berita Harian Online telah mengeluarkan 2 status di laman Facebook yang mengatakan bahawa Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu telah mengeluarkan waran tangkap terhadap saya yang merupakan calon PAS bagi kerusi P026 Parlimen Ketereh berhubung kegagalannya membayar tunggakan nafkah dua anak berjumlah RM78,00 sejak 2011.

Saya dan peguam saya tidak pernah diserahkan dengan apa-apa notis untuk hadir di mahkamah pada hari ini 6/5/2018, sama ada oleh peguam penuntut atau Mahkamah Syariah.

Ini menunjukkan ada konspirasi politik yang jahat untuk menjatuhkan imej dan reputasi saya selaku calon PAS P026 Parlimen Ketereh sempena PRU 14 yang akan berlangsung pada 9/5/2018 nanti. Perbincangan dengan pihak peguam sedang dijalankan untuk menfailkan tindakan undang-undang di bawah tort konspirasi untuk mencederakan reputasi (Tort Of Conspiracy to Injure) dan penyalahguanaan proses mahkamah (Abuse Of Court Process) serta pendakwaan berniat jahat (Malicious Prosecution) terhadap semua pihak yang terbabit.

Setakat kenyataan ini ditulis pada jam 7.00 malam 6/5/2018, saya masih belum menerima sebarang waran tangkap sebagaimana yang telah disiarkan oleh Berita Harian Online.

Sekian,

WAN ISMAIL BIN WAN JUSOH
Calon PAS
P026 KETEREH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat