Kemeriahan Pembukaan Cawangan Caryazara di Kota Bharu


Naimey Abd Jalil, 29, yang lebih dikenali sebagai Emi dan berasal dari Kelantan telah lama berjinak dalam dunia perniagaan. Setiap apa yang dihadapinya menjadikan beliau seorang yang cukup tabah dan banyak memberikan pengalaman yang cukup bermakna.

Dek kerana ingin mencuba nasib dalam dunia perniagaan, dia sanggup membuat keputusan drastik dengan menamatkan kariernya sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan tahun lalu.

Walaupun keputusan yang diambilnya sangat berisiko namun Emi tetap bertekad untuk membuktikan pilihan keduanya tidak salah. Dengan sokongan dari keluarga dan rakan kongsinya, Nik Zalina Abdullah semuanya dilakukan dengan semangat yang wajar.

Pada Januari 2013 Emi telah berjaya membuka kedai pakaian wanita di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur. Walaupun merasakan tindakan ini ialah satu langkah drastik Emi tetap percaya dia mampu mengendalikannya.

Bermula dengan modal RM4,000 ketika mula-mula terlibat dalam perniagaan, Emi dan rakan kongsi sama-sama berusaha mencari sesuatu yang baru sebagai daya tarikan kepada pelanggan. Memang diakui persaingan dengan peniaga lama agak sengit tetapi jika ALLAH sudah tentukan rezeki buat mereka apa salahnya mencuba.

Sebagai memberi kelainan kepada pelanggan, Emi telah menawarkan konsep jualan secara borong dan runcit. Permintaan daripada pelanggan yang cukup memberangsangkan pada waktu itu membuatkan Emi tidak menang tangan melayan mereka.

Dalam usaha untuk memasarkan produk pakaian wanita khusus untuk golongan Muslimah, Emi turut memperkenalkan konsep jualan online(caryazara.com) bagi membolehkan orang ramai mendapatkan koleksi terbaru.

Walaupun beliau masih baru bertapak dalam bidang ini, sambutan orang ramai untuk menjadi ejen begitu menggalakkan. Kini beliau mempunyai beberapa ejen yang  berjaya membantu mempromosikan koleksi terbaru yang dikeluarkan oleh Butik Carya Zara.

Selain melantik ejen, Emi dan rakan kongsinya telah membuka sebuah lagi butik untuk pelanggan membeli secara runcit yang terletak di Kota Damansara Oktober lalu. Di butik ini, fokusnya pada pakaian wanita dengan berkonsepkan material lace iaitu beridentitikan kepada dress labuh dan potongan tradisional seperti kurung Kedah.

Usahanya mula menunjukkan hasil yang lebih memberansangkan apabila beliau berjaya membuka lagi satu butik baru di Lembah Sireh, Kota Bharu pada hari ini. Ternyata pembukaan butik beliau dinantikan orang ramai apabila menerima kunjungan yang agak memberansangkan pada hari ini.


Sekitar Butik Baru Caryazara di Kota Bharu

Sempena pembukaannya butik barunya di Kota Bharu hari ini, beliau menawarkan beberapa promosi yang menarik dan murah untuk para pembeli. Selain menawarkan promosi yang gempak,  beliau turut juga memberikan makan percuma kepada para pelanggan yang mengunjungi majlis pelancaran butik baru beliau.

Antara yang turut hadir untuk memeriahkan pembukaan butik caryazara ialah Datin Nur Hernani COO dari APPN resources. Beliau juga turut sempat menggayakan pakaian butik Caryazara.

Datin Nur Hernani

Pemilik Butik Caryazara(Tengah)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat