Obesiti di Kalangan Kanak-Kanak
Obesiti bermaksud berat badan melebihi tahap normal dan boleh menjejaskan kesihatan seseorang. Jika berat badan melebihi 20 % berat badan normal mereka dikategorikan sebagai “obesiti.”
“Biarlah dia makan sementara dia tengah berselera. Budak-budak memang kuat makan.” Ungkapan ini sememangnya tidak boleh pakai kerana ia mendorong ke arah obes jika tidak dikawal. Apatah lagi anak anak penggemar fast food serta junk food.
Faktor anak menjadi obes
- Etnik/Jantina – Kajian mendapati wanita berbangsa India dan lelaki berbangsa Cina merupakan yang tertinggi menghidap obesiti di Malaysia.
- Keturunan – Ibu bapa yang gemuk kemungkinan besar akan mempunyai anak yang obes
- Sosioekonomi – Anak dari keluarga berpendapatan rendah berisiko menjadi obesiti berbanding anak daripada keluarga berpendapatan tinggi. Ia disebabkan faktor pemakanan mereka , kerana ia cenderung memilih makanan yang lebih murah yang mengandungi lemak tepu serta kurang berkhasiat
- Emosi – Tekanan perasaan dan kemurungan mungkin menyebabkan mereka makan dengan lebih banyak dan tidak terkawal
Masalah yang di hadapi sekiranya anak mengalami obesiti
- Mudah untuk mendapat penyakit seperti diabetes jenis kedua, asma serta susah untuk tidur
- Menghalang pertumbuhan kanak-kanak
- Emosi terganggu akibat menjadi mangsa buli atau ejekan di sekolah
- Senang sakit dan memerlukan rawatan yang lebih kerap berbanding kanak-kanak normal
Apa yang patut ibubapa lakukan
- Berikan saiz hidangan yang bersesuai untuk peringkat usia mereka
- Amalkan pemakanan sihat dan diet seimbang dalam harian anak anak
- Sarankan anak anak melebihkan pemakanan berserat seperti sayuran dan buah buahan
- Pilih daging pejal tanpa lemak sebagai sumber protein
- Kurangkan pengambilan minuman bergula
- Pastikan anak minum banyak air putih
- Hadkan makanan junk food terutama yang mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi
- Kaedah penyediaan makanan yang sihat dan tidak menggunakan banyak minyak
- Menggalakan anak anak supaya sentiasa aktif (bersukan atau beriadah)
Kesimpulannya, sebagai ibubapa yang prihatin, jadikan contoh yang baik untuk anak anak dengan menerapkan pemakanan yang seimbang dalam kehidupah harian. Ini membantu dalam pertumbuhan kanak kanak itu. Ternyata obesiti di kalangan kanak kanak ini banyak mendatangkan kesan negatif terhadap kehidupan harian kanak kanak.