13 Perkara Perlu Dibuat


13 PERKARA PERLU BUAT. Insha Allah.
.
1. Tidur jam 10 malam. Bangun jam 4 pagi. 6 jam cukup. Campur tengahari tidur 1 jam. Sehari tidur 7 jam. Ia penting untuk istirehat badan.

 

download

.
2. Mandi dengan air sejuk dalam tempayan yang disimpan semalaman sebelum masuk waktu suboh.
.
3. Tahajud. Ia permulaan hari. Bermula atas sejadah dan pasrah pada Allah.
.

download (2)

 

4. Baca al Quran. Sekurang kurangnya 2 lembaran setiap kali solat. Mulakan dua lembaran awal pagi.
.
5. Exercise. Jalan 10,000 langkah. Cari jarak ke masjid 1000 langkah pergi, 1000 langkah balik. Cukup 10,000 langkah sehari.
.
6. Sedekah walaupun rm2. Sedekah awal pagi. Paling tidak sedekah senyum. Tebarkan salam.
.

images

7. Belajar “main saham”. Buat duit sekurang kurangnya pada kadar purata rm500 setiap hari bekerja dengan pasaran saham.
.
8. Sarapan pagi dengan protein. 2 biji telor omega. Buah buahan. Kurangkan makan nasi. Mulakan dengan sekali sehari. Akhirnya sekali seminggu.
.
9. Banyak minum air kosong. Minum sampai 3 liter sehari. Perempuan 2.5 liter.
.

 

 

10. Puasa dua kali seminggu- Isnin dan Khamis. Akhirnya amalkan puasa Nabi Daud a.s . Selang selikan antara hari puasa dan hari tidak puasa.
.
11. Baca buku 100 muka surat sehari. Menulis sekurang kurangnya 1000 patah perkataan sehari. Tulis buku sekurang kurangnya 5 buah setahun.
.
12. Belajar dan baca buku agama 2 jam sehari. Kemudian berguru. Purata seminggu belajar 14 jam. Ia baru 8.3% sahaja dari masa dalam seminggu.
.
13. Istighfar. Selawat. Berdoa. Berdoa sekurang kurangnya 20 kali sehari. Minta dengan Allah. Permintaan paling utama – lebarkan rasa syukur. Syukur adalah kemuncak dari fondasi kehidupan. Ia menyuburkan rasa redha dan mendalamkan rasa sabar dalam kehidupan.

(Ilham lepas solat Maghrib)

download (8)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat