Rosmah Harap Jangan Bocorkan Butiran Siasatan

Sumber Rujukan : Sinar Harian

Datin Seri Rosmah Mansor berharap agar pihak berkuasa atau mana-mana individu supaya tidak menyebarkan maklumat yang diperolehi berkaitan siasatan sehingga tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan melalui firma guaman Valen, Oh & Partners beliau berkata, penyebarkan maklumat tersebut berlaku ketika mereka berdepan dengan dugaan dan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkenaan.

“Ini terutamanya butiran mengenai barangan yang didakwa dirampas,” katanya

Beliau dan keluarganya akan terus membantu siasatan pihak berkuasa.

Namun, mencetuskan kemarahan orang ramai selepas perkongsian butiran tersebut menyebabkan tular di media sosial.

“Menjadi harapan kami supaya pihak berkuasa boleh memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara dan dalam proses itu, mengelak berlakunya perbicaraan awam pramatang.

“Agensi penguatkuasa tidak sepatutnya menyalurkan bahan untuk persendaan media sosial, sebaliknya mematuhi dan menegakkan profesionalisme ketat pada setiap masa, “ kata Rosmah ketika memetik laporan Malaysiakini.

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman telah pergi di setiap kediaman milik Rosmah dan Najib  sejak Rabu lalu untuk menyiasat tentang scandal 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Najb diminta hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata,  memberi keterangan pada Selasa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat