Petua Untuk Wanita Yang Mempunyai Masalah Keguguran Rambut


Masalah keguguran rambut sering kali menghantui terutamanya bagi golongan wanita kerana rambut boleh dikatakan mahkota bagi setiap insan. Pelbagai cara atau inisiatif yang di ambil bagi mengembalikan kesuburan rambut tidak kira secara tradisional mahupun menggunakan teknologi moden.

Berikut Merupakan Tips Mencegah Keguguran Rambut

1. Jangan Kerap Sikat Rambut

Kurangkan sikat rambut anda supaya tiada rambut yang akan gugur. Jika mahu menyikat rambut juga, sikat dengan perlahan-perlahan dan pastikan tidak merentap rambut dengan kuat. Saya kongsikan cara menyikat yang betul. Mula-mula genggam sebahagian rambut lalu pegang dibahagian tengah dan mula menyikat hujung rambut dahulu. Kemudian barulah sikat daripada kulit kepala sehingga ke tengah. Pratikkan cara menyikat yang betul untuk mengurangkan keguguran rambut anda.

2. Guna Sikat Bergigi Jarang

Jangan gunakan sikat yang biasa. Cari siat yang bergigi jarang. Ianya dapat membantu anda untuk menyikat rambut tanpa menarik rambut anda daripada akarnya. Sikat bergigi jarang tidak akan memberikan tekanan yang tinggi keatas akar rambut anda.

3. Hilangkan Kusut Rambut Sebelum Syampu

Untuk memastikan rambut anda kekal cantik dan tidak mengalami pengguguran, anda mestilah menyikat rambut terlebih dahulu sebelum membasuhnya. Satu langkah yang kecil ini mampu mengurangkan masalah anda. Jika anda terus menyampu rambut di dalam keadaan yang kusut, risiko pengguguran rambut akan menjadi lebih tinggi.

4. Syampu Rambut Hanya 4 – 7 Kali Seminggu

Membasuh rambut dengan syampu terlalu kerap boleh menyebabkan kulit kepala kehilangan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala. Ianya akan menyebabkan akar rambut anda menjadi lemah dan senang untuk rambut anda gugur. Satu lagi tips ialah hanya syampu di bahagian kulit kepala dan elakkan menggosok syampu pada helaian rambut.

5. Tocangkan Rambut Sebelum Tidur

Wanita diluar sana mestilah ingat untuk toncangkan rambut sebelum anda masuk tidur. Toncangkan rambut dan tarik penghujungnya ke tepi leher. Cara ini dapat mengelakkan daripada rambut anda gugur dengan banyak. Pasti rambut anda tidak kusut semasa anda bangkit daripada tidur.

6. Berhenti Gunakan Haba Pada Rambut

Benda yang paling biasa wanita buat untuk keringkan rambut ialah guna pengering rambut. Ianya satu habit yang akan mengundang kepada risiko terjadinya lebih banyak pengguguran rambut. So , elakkan penggunaan pengering rambut kerana haba panas akan membuatkan akar rambut anda lemah dan ianya boleh mematahkan rambut. Biarkan sahaja rambut anda kering dengan udara semulajadi.

7. Makan Makanan Yang Mengandungi Protein

Salah satu cara untuk menguatkan pertumbuhan rambut anda ialah dengan pengambilan protein yang tinggi. Makanan seperti ikan,daging dan kekacang adalah contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Ini kerana didalam protein terdapat satu faedah B-12 yang baik untuk kekuatan rambut dan pertumbuhan rambut.

8. Minum Banyak Air Putih

Cara yang paling senang untuk menjaga kesuburan rambut anda ialah dengan mengambil jumlah air putih yang cukup dalam sehari. Minum sekurang-kurangnya 7-8 gelas air sehari. Ianya juga dapat membantu pertumbuhan rambut anda supaya tumbuh dengan subur. Ini juga dapat mengelakkan keguguran rambut berlaku.

Bolehlah anda cuba untuk mempraktikkan petua-petua yang saya kongsikan ini. Semoga bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat