10 cerita inspirasi bagaimana pasangan yang belum dapat anak berusaha, ada yang sehingga 20 tahun menunggu
Bagi pasangan yang telah pun mendirikan rumah tangga semestinya fokus utama mereka selepas itu adalah untuk memiliki cahaya mata yang dapat menjadi penyeri kehidupan rumah tangga mereka. Namun bukan semua pasangan mempunyai nasib yang baik. Sesetengah daripada mereka menunggu begitu lama untuk memperoleh cahaya mata sehingga berusaha 4, 5 tahun masih tidak memperolehi anak.
Disini saya kongsikan beberapa kisah inspirasi bagaimana pasangan suami isteri berusaha untuk mendapatkan anak sehinggakan ada daripadanya menunggu sehingga ke 20 tahun untuk mendapatkan zuriat. Begitu sabar dan kuatnya mereka dalam menjalani ujian yang diberikan. Maka, setiap penceritaan mereka boleh dijadikan inspirasi dan pembakar semangat bagi pasangan yang masih belum memperolehi anak.
Kisah 1
Kami menanti 20 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri. Berkat sabar akhirnya doa kami makbul. Allah makbulkan impian kami. Kami juga praktikkan amalan sedekah setelah mendapat nasihat dari seorang imam. Tak sampai setahun kami mendapat khabar gembira.
Kisah 2
Kakak ipar saya baru bersalin anak pertama bulan lepas. Dia berkahwin waktu saya baru darjah 6. Sekarang saya dah 29tahun. 17 tahun menunggu. Alhamdulillah Allah makbulkan doa.
Kisah 3
Sama mcm saya juga. 3 tahun tunggu dan nak giveUp sebab macam macam telah dicuba. Makan itu dan makan ini, mengurut lagi.
Sehinggakan sayang cakap dengan suami kalau hujung tahun 2016 tak dapat anak juga saya nak ambil anak angkat.
Dalam masa yang sama saya buat makan-makan sempena hari raya. Dengan niat murah rezeki dan dikurniakan anak. Tak putus saya berdoa dan minta ampun pada mama dan ayah, bersedekahalfatihah pada mama dan ayah walaupun mereka masih hidup lagi dan moga dimurahkan rezeki serta panjang umur. Tiap-tiap berdoa tak putus-putus dan paling seronok apabila tiap pagi pergi kerja naik motor lalu berdoa sambil memandang langit. Alhamdulillah selepas buat makan hari raya tahun lepas dengan niat nak dapatkan zuriat dimakbulkan oleh Allah. Syukur sangat. Bulan lapan lekat dan lahir pada 21 may 2017.. Alhamdulillah
Kisah 4
Saya pernah berkahwin dengan seorangmamat ni selama 7 tahun. Namun disalahkan saya tak boleh membei zuriat dan dia kahwin lain. Kerja saya agak stress(dlm bilik bedah), then balik rumah pun stress sebab mamat tu banyak affair (duit banyak, Perasan pulak handsome).
7tahun saya menjanda sebab rasa rendah diri memandangkan mamat tu dah berjaya rendahkan self esteem saya
Sepanjang menjanda, saya sedekah pada Palestin, Syria, Rohingya, Yemen, tahfiz, anak yatim. Saya juga relaxkan diri saya dengan pergi travelling. Sy dekatkan diri pada Allah dan improvekan solat dan mengaji.
Bulan april tahun ni, saya berkahwin dengan suami saya. Alhamdulillah, saya bunting pelamin. Now dah 6 bulan lebih kandungan saya. InsyaAllah.
Apa yang saya nak kata dekat sini, sedekah, relax, improvekan hubungan dengan Allah, jaga diri, dan pedulikan mulut org. Jangan buat jahat dekat orang. Terutamanya kalau tengah menjanda jangan gatal dengan suami orang. Jangan cuba sekali pun bina istana atas keruntuhan masjid org lain. Kifarah Allah itu ada. Jangan ingat kau dapat laki orang kau selamat. Buktinya, perempuan yg berkahwin dgn bekas suami saya telah wasap saya tahun lepas, memohon ampun sebab kifarah sedang mengejar dia. Suaminya (bekas suami saya) byk main perempuan. Sy tak nak campur. Pandai2 lah urus. Bukan tak pernah kena warning.
Kisah 5
3 tahun 6 bulan menanti. Alhamdulillah akhirnya tuhan dengar juga doa kami suami isteri. Anugerah terindah yang tak pernah disangka2. Benarlah sedekah itu satu keajaiban. Apabila kita ikhlas bersedekah. Tuhan pasti memakbulkan apa yg kita mahukan.
Kisah 6
Ya memang betul. Rezeki anak Allah yang tentukan. Saya kahwin 19/9/2015.. Alhamdulillah 24/8/2017 saya dikurniakan anak lelaki. Sebelum saya dikurniakan anak lelaki…sebelum saya disahkan hamil…
Saya telah bernazar .. Jika Allah berikan saya anak.. Saya akan sedekahkan nasi dekat orang gelandangan di KL… Tup² dalam mse 3bulan saya disahkan hamil… Aminn Allah dengar Dan lihat apa yang kita ikhlas..
Kisah 7
Ini yang saya amalkan setelah 2 tahun berkahwin. Sedekah dan berdoa. Alhamdulillah anak pertama 2 tahun 7 bulan dan kedua kembar 1 tahun. Ada orang nasihatkan saya sebelum dapat anak dia kata bersedekahlah pada sesiapa pun.
Kisah 8
Saya pun berkahwin 2 tahun lebih masih belum dapat anak. Macam-macam usaha dah buat. macam-macam sindiran kami suami isteri terima. Sampai kami dah tak mengharap. Mas tu memang kami banyak bersedekah, Suami pun rajin memberi makan kepada kucing jalanan. So saya cakap pada suami masa bagi kucing makan tu cakap pada kucing doakan kami yntyk dapat zuriat. Alhamdulillah bila dah tak mengharap, Allah bagi rezeki yang tak di duga. Sekarang anak dah 2, setahun seorang Allah bagi.
Kisah 9
Saya pun macam ini juga. Setaiap kali sedeka niat supaya Allah kurniakan anak. Tiap kali pergi kedai nampak budak2 mesti bayarkan atau belikan untuk budak2 jajan. Pastu masa bagi jajan, minta budak2 doakan saya dikurniakan anak. Alhamdulillah berkat buat begitu Allah kurniakan anak. Sekarang tengah pregnat yang kedua.
Kisah 10
Saya berkahwin sejak awal tahun , sampai ke ulangtahun ke-2 kami, kami masih tidak diberikan zuriat. Kami telah mencuba, namun setiap kali isteri saya check,dia bagitahu result negative. Saya tahu dari riak wajah dia, dia berasa hampa. Disebabkan kami bekerja sebagai doktor, saya merasakan faktor stress memainkan peranan menghalang kami untuk mendapatkan zuriat.
Saya tahu isteri saya sedih melihat orang lain bersama anak masing2, terutama waktu berkumpul raya. Dengan mulut kepoh saudara mara duduk bertanya.
Ada suatu masa isteri saya dah giveup dan saya sendiri decide nak pergi check kot2 masalah itu berpunca daripada saya. Saya pun cari la no. Pusat Fertiliti
Ada suatu peristiwa yang terjadi setelah itu, yang sampai sekarang saya takkan pernah lupakan. Apabila seorang staf nurse di tempat saya bekerja menegur saya.
Staf nurse ini mengalami nasib yang serupa malah lebih lama untuk beliau dapatkan zuriat. Tapi dia berikan satu nasihat yang berharga untuk saya.
Dia cakap “Dr. Min, cuba amalkan sedekah setiap hari, jangan merasa terbeban dengan sedekah tersebut sampai merasa duit sendiri tak cukup”
Dia cakap dengan amalan sedekah setiap hari, syukur pada tuhan tak lama setelah itu, dia berhasil mendapatkan zuriat,malahan kembar!
Semenjak itu, saya tak putus2 bersedekah jariah di masjid, surau, tabung derma, wakaf, malahan tabung amal palestin sekalipun
Dalam masa yang sama, saya minta isteri untuk buat perkara yang sama dan jangan putus berdoa dan berharap pada Allah agar dikurniakan rezeki cahaya mata.
Tak sampai sebulan, minta isteri untuk check urine pregnancy sebab dia lambat datang haid beberapa hari. Alhamdulillah keputusan positive pada urine strip itu setelah diperisa sehingga 3 kali. Alhamdulillah juga, perjalanan kehamilan isteri berjalan dengan lancar dan dikurniakan seorang anak lelaki yang cukup sifat.
Kata orang rezeki bukan kita yang tentukan. Kemungkinan diri kita sendiri yang masih belum sedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa. Namun jangan putus bersedekah dan berdoa. Allah itu maha pemberi dan maha pemurah rezeki. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.