Perkara Pertama Perlu Dibuat Selepas Dapat Kunci Rumah
Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya anak-anak. Tetapi periksa dulu setiap kecacatan dan kerosakan yang ada seperti cat tertanggal, dinding crack, plaster tanggal, tiles lompong, paip bocor dan lain-lain lagi yang perlu anda periksa.
Selalunya pihak pemaju akan memberikan tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada samada di dalam atau di luar rumah. Kita ada hak sebagai pembeli, justeru periksalah kaeadaan rumah sebaiknya. Namun, jika anda membuat major renovation, maka pemaju tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecatatan rumah.
PERALATAN:
- Masking Tape – Jika ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda.
- Marker Pen – Seeloknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
- Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect dengan nombor dan lokasi supaya senang hendak cari.
- Kamera/Hanphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah
1. Azan
- Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah sekitar rumah anda.
- Masuki rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat supaya satu rumah dengar.
2. Pintu
- Buka dan tutup pintu berkali-kali serta periksa tombol pintu & kuncinya sekali.
3. Tiles Lompong
- Ketuk semua tiles rumah satu persatu.
- Markkan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
- Cara untuk mengetahui tiles lompong adalah dengan ketukkan tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Cara ini adalah untuk mengenalpasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
- Ketuk pada setiap kepingan tile dan keliling perimeter tiles. Kerana di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen di bahagian tepi tiles. Selalunya, tiles dipasang di dapur dan bilik air.
4. Elektrik
- Hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis kipas, lampu, soket dan lain-lain.
- Pastikan juga periksa setiap punca elektrik dan soket.
5. Meter Air
- Sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan sempurna.
- Buka semua pili air secara serentak. Check saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat dan bocor.
- Check juga kepala paip dan shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut dan longgar.
- Buka air dekat meter, biarkan air masuk tangki sampai penuh. Seterusnya, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor.
- Kemudian, apabila air sudah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter airĀ sudah berhenti. Jika tidak, mesti ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
6. Tingkap dan Sliding Door
- Buka tutup dan tutup tingkap semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh dikunci sempurna.
- Pastikan juga sliding door boleh dikunci dengan rapat.
7. Tangga
- Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang ada yang laonggar dan bergoyang-goyang.
8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor
- Untuk pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor, ambil tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
- Penuhkan bilik air dengan air dan biarkan seminggu. Lepas seminggu, check jika ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda.
- Jika ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan minta kontraktor pemaju supaya pecahkan semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
- Biasanya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari supaya kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak.
9. Dinding Retak
- Sila periksa dinding rumah anda, jika retak maklumkan segera.
10. Kunci Semua
- Akhir sekali adalah kunci rumah anda seperti kunci pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses keluar masuk rumah oleh pencuri kebel elektrik.
- Selepas dapat kunci rumah, pemaju tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kes kecurian kabel.
Bila sudah siap betulkan defect ni, barulah boleh mula buat renovation rumah dengan senang hati.