Tan Sri Isa Samad Tidak Diperlukan Lagi Di FGV


Tan Sri Isa Samad perlu melepaskan jawatan beliau di dalam pengurusan badan (FGV). Menurut laporan Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Ke 2 Felda (SGK2F) sebulat suara mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures (FGV) melepaskan jawatan.

Isa perlu dikeluarkan daripada pengurusan FGV bagi bolehkan siasatan lebih adil dapat dijalankan berhubung isu melibatkan Presiden dan Ketua Pengarah Urusan (CEO) FGV, Datuk Zakaria Arshad – berkata kepada pihak media Datuk Zulkefli Nordin

“Kami mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak arah Isa lepas jawatan beliau sama seperti Zakaria.

“SGK2F beranggapan beliau (Isa) sudah tidak diperlukan lagi dalam pengurusan FGV,”katanya ketika sidang media di Hotel Grand Season, semalam.

Menyentuh kepimpinan Zakaria menurut Zulkefli, Zakaria seorang anak peneroka yang komited dalam tugas dan selayaknya memegang jawatan itu.

“Kami anak Felda tidak ada wakil dalam FGV dan kami cuma harap jika Datuk Zakaria ada dalam FGV, beliau paling layak jaga kepentingan mak ayah kami,”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat