Selamat Kembali Ghaddar Ke TRW ?

Sumber Rujukan : hmetro

Mohammad Ghaddar kini dikaitkan kemungkinan bakal kembali ke pangkuan skuad Kijang Merah. Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan di akaun Facebooknya hari ini seolah-olah memberi bayangan jelas berhubung perkembangan baharu itu.

“Terima kasih kepada semua penyokong yang masih setia membeli jersi Kelantan FA…whatsapp 014-8116000 untuk mendapatkannya atau boleh didapati di Desa Murni Batik Cawangan Kota Bharu…tempahan jersi nombor 22 dari Lubnan,”.

Ghaddar yang sering memakai jersi nombor 22 ketika mewakili The Red Warriors (TRW).

Pada musim lalu, penyerang sensasi dari  Lubnan itu menyarung jersi Johor Darul Ta’zim (JDT) selama setengah musim selepas berhijrah daripada Kelantan pada jendela perpindahan kedua yang dibuka pada 15 Mei tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat