Nak Berdiet Tapi Tak Tahu Nak Mula Dari Mana ? Ini 7 Tips Kurus Untuk Permulaan
Semua orang impikan untuk dapatkan berat badan yang ideal. Namun ia sering dianggap susah dan orang selalu hangat-hangat tahi ayam ketika ingat berdiet.
Untuk menurunkan berat badan, dua prinsip asas iaitu diet seimbang serta senaman yang konsisten perlulah dipegang. Nampak macam mudah namun ia sangatlah sukar untuk biasakan diri dengan gaya hidup yang lebih sihat.
Walaupun sukar, ia bukanlah mustahil ! Di sini kami kongsikan beberapa tips kurus untuk yang ingin mula turunkan berat badan.
7 Tips Kurus Untuk Beginner
1. Minum Air Kosong Secukupnya
Pengambilan air kosong dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Minum air kosong juga akan mengurangkan rasa lapar.
Apabila badan kita kekurangan air, otak akan mentafsirkannya sebagai lapar dan menyebabkan anda ingin makan walaupun baru lepas 45 minit lunch, sedangkan badan anda hanya perlukan air kosong, bukan makanan.
2. Bersenam 2 ke 3 Kali Seminggu
Untuk bersenam anda tidak perlu bersusah beli peralatan bersenam mahupun langgan keahlian gym. Yang penting kena selalu bergerak.
Sebaik-baiknya, amalkan buat senaman selama 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, membakar lemak dan menaikkan stamina.
Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
Anda juga boleh biasakan diri untuk berjalan lebih banyak berjalan dengan parking kereta lebih jauh atau naik tangga sesekali berbanding lif.
3. Elakkan Pengambilan Makanan Segera
Pengambilan makanan segera sangatlah berleluasa dalam masyarakat. Ditambah pula dengan rutin harian yang padat, orang ramai sering memilih jalan mudah untuk mengisi perut.
Memang benar makanan segera tidak menghidangkan nasi, namun kalori serta lemak tepu dalam makanan segera cukup tinggi. Kalau dimakan selalu buruk padahnya pada kesihatan !
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, anda perlulah elakkan makanan segera dan pilihlah makanan yang lebih sihat.
4. Kurangkan Pengambilan Gula
Pengambilan gula bukan sahaja perlu oleh orang tua atau pesakit diabetes. Malah, ia perlu dikawal untuk semua peringkat umur tidak kiralah kanak-kanak atau dewasa.
Memang tidak dinafikan minuman manis memang sangat sedap. Namun, ia tidak memberikan manfaat pada kesihatan, silap-silap kena potong kaki nanti kalau selalu sangat minum !
Gantikan minuman manis berkalori tinggi kepada air kosong yang bebas kalori dan baik untuk tubuh badan.
5. Kira keperluan kalori seharian
Untuk memastikan anda tidak makan melebihi kalori setiap hari, anda disarankan untuk mengira keperluan kalori. Berdasarkan MyHealth , pengambilan kalori berlebihan juga perlu dielakkan bagi mencegah masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, kanser dan serangan jantung.
Jika anda perlukan 1600 kcal sehari, jangan pulak pergi ambil 2500 kcal sehari. Kalau begini sampai ke tua tak kurus. Kalau makan kurang daripada keperluan kalori pula, anda akan menjadi tidak bermaya dan kekurangan nutris
Jom kira kalori anda disini : KALKULATOR KALORI
6. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
Tahukah anda kalori juga akan dibakar ketika anda tidur. Jadi, anda haruslah mendapat waktu tidur mencukupi setiap hari untuk membantu dalam penurunan berat badan.
Tidur yang mencukupi dan berkualiti akan membantu proses recovery badan kita setelah seharian bekerja. Selain itu, tidur yang cukup juga dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tenaga.
Kalau anda susah untuk lelap mata pada waktu malam, anda boleh cuba tips tidur yang dikongsikan oleh askar. Confirm 2 minit dah tertidur !
7. Makan Dalam Kuantiti Kecil
Ramai beranggapan kalau nak kurus kena berlapar, sampai sanggup buat crash diet. Sebenarnya, kalau inginkan diet yang seimbang dan sihat, anda perlu makan dalam kuantiti yang kecil dengan kerap.
Bukannya sekali hadap makanan macam tak makan 10 tahun! Pastikan juga dalam setiap hidangan yang anda ambil mencukupi keperluan makronutrisi anda.
Selain tips kurus yang diberikan, anda juga perlu tanamkan mindset yang kuat. Tekadkan hati dan niatkan diri untuk kurus demi kebaikan anda sendiri.
Tiada siapa yang akan menolong anda jika anda jatuh sakit nanti. Badan yang lebih sihat juga akan meningkatkan kualiti hidup anda.
Jangan terlalu tergesa-gesa pada fasa awal. Jadikan amalan gaya hidup sihat ini sebagai cara hidup insyaAllah berat badan akan menurun secara konsisten dan anda lebih mudah untuk sesuaikan diri. Selamat mencuba !
Baca selanjutnya: 10 Tips Untuk Kurus Dari Pengalaman Sebenar Jazli Hassan, Pernah Turun Lebih 100kg!
Anda juga boleh ikuti tips senaman dari Kevin Zahri di video di bawah :