Malaysia Mempunyai Kemahiran Dalam Sektor Getah Dan Sawit, Tapi Kurang Satu Perkara Ini
Razak kata kita mempunyai kepakaran dalam industri getah dan sawit tapi sekarang menghadapi masalah lambakan getah dari Thailand dan sawit dari indonesia.
Post ini dipetik dari facebook Mat Saman Kati yang menyatakan pandangan serta pengalaman beliau. Beliau tertarik pada komen di diatas lalu membuat satu posting di laman facebooknya mengenai komen tersebut.
Aku boleh bersetuju dengan Razak tentang kepakaran kita, tapi kita kekurangan satu perkara. Market Intelligence. Bila ada data pun, kita buat tak tau.Ataupun memang tak tau menggunakan data. Ataupun memang tak mau.
Pokok getah dan sawit memerlukan masa 4-5 tahun baru matang.Bila berubah kepimpinan, orang dah boleh buat projection berdasarkan ideologi yang dianuti oleh Perdana Menteri. Bila orang apply tanah saja, kita dah boleh tau jumlah pengeluaran akan meningkat dalam masa empat atau lima tahun akan datang. Tambahan pula yang pergi buat ladang sawit kat Indonesia tu syarikat dari Malaysia juga.
Apakah MPOB tak ada data ini?LGM tak ada data ni? Mustahil. Apa tindakan kerajaan?
Yang selalu aku tengok, kerajaan bertindak lambat dan lebih kepada tindakan populis. Bila harga durian Musang King tengah mahal…semua dok suruh tanam durian. Bila pokok tu dah berbuah nanti…haraga jatuh sebab lambakan. Dulu, durian D24 yang paling popular. Sapa yang tanam dulu seronok la. Sekarang D24 pun macam durian kampung juga. Begitu juga dengan dokong.
Bukan takat buah-buahan, tengok saja projek ikan arowana kat Kerian. Apa jadi?
Semua pemodal besar akan menggunakan market intelligence untuk bisnis depa. Bajet untuk market intelligence ini termasuk dalam bajet R&D.
Aku bagi contoh.
Dulu aku pernah kerja dengan sebuah kilang memproses tepung jagung.(Corn Starch). Kilang kecik saja. Saingan tepung jagung ialah tepung ubi kentang.(Potato Starch). Tepung jagung buat di Malaysia, tepung ubi kentang di impot kebanyakan dari EU. Satu kilang kecik di Malaysia nak lawan MNC seperti Agrana dari Austria, Avebe dari Germany dan Ciba Geigy dari Finland. Aku diajar macam mana nak lawan depa ni.
Bos bagi bajet lima ribu ringgit sebulan untuk dapatkan maklumat jumlah potato starch yang diimpot , all the time. So, aku rasuah pegawai kastam untuk supply maklumat. Therefore, apa yang kastam tau, aku pun tau. Tapi standard aku hanyalah pengumpul data…macam kastam jugak. Aku tak boleh buat keputusan sebab aku hanya kuli. Macam pegawai kastam jugak.
Yang boleh buat keputusan ialah Sales Manager dan Bos.
MNC dari Eropah ni sesekali depa akan jual potato starch dengan harga gila bila terdapat lambakan di Eropah. Masa tu ramai businessman yang akan impot tepung ubi kentang dari Eropah ini dan jual dengan harga biasa di Malaysia.
Tindakan Bos aku setiap kali ada harga gila ini ialah dia pun buat gila. Dia akan turunkan harga tepung jagung lebih murah dari harga tepung ubi kentang, sebaik saja tepung tu dibawa masuk. Orang yang impot beribu tan tepung ubi kentang akan terkantoi. Sekali dua kali kantoi, lingkup terus bisnis depa.
See, kami sanggup bayar tiga ribu sebulan pada awal 90an hanya untuk mendapatkan maklumat. .Aku pun dapat sikit. Duit rasuah bukan perlukan resit. Kerajaan dapat free dengan menggunakan duit rakyat.
Data semua ada. Tapi pegawai kerajaan bukan boleh buat keputusan.
Yang boleh buat keputusan ialah Menteri Pertanian dan Perdana Menteri.
Private sector lebih mudah dapat data dan maklumat dari pegawai kerajaan sebab duit terus masuk poket depa. Kalau bagi kat orang politik, depa pulak yang awai-awai nak buat duit manakala pegawai kerajaan hanya mengharapkan duit gaji dan bonus (jika ada).
Now, berapa peruntukan untuk R&D dalam bidang pertanian tahun ini? Aku malas dah nak ambik tau.Dan duit R&D tu gunakanlah untuk melakukan kajian dinegara kita. Ni aku tengok member-member yang pegang jawatan dalam Kementerian Pertanian asyik dok pi Siam saja..apa barang?
Dalam pertanian, apa yang nak kita capai lima tahun akan datang, kita dah kena buat sekarang. Perancangan mesti dah siap semalam. Dasar perlu ada minggu lepas.
Tapi kalau sekarang pun belum ada perancangan, dasar pun masih flip-flop..lima tahun akan datang orang akan gelak lagi. Kita gagal bukan sebab tak ada kepakaran, tapi kerana gagal menggunakan kepakaran yang ada.