Presiden Amanah Mohamad Sabu, baru sahaja mempunyai akaun rasmi Twitter beliau sendiri dengan menggunakan tweethandle @MohamadSabu_ dibawah nama MAT SABU. Beliau yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan , akaun beliau kini mempunyai sekitar 9,000 pengikut setakat jam 12.30 malam ini.

Menurut Mat Sabu dengan akaun ini akan memudahkannya mendekati rakyat. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang menyokongnya dan Rakyat Malaysia sambil menggunakan hashtag #MajukanMalaysia.

Tweet Mat Sabu tersebut telah mendapat 2,700 like, lebih 3,400 retweet dan lebih 300 komen.

Kebanyakkan netizen menyambut baik kedatangan Mat Sabu dalam media sosial(Twitter) dan mengucapkan selamat datang ke Twitter manakala ada antara netizen mahu Mohammad Sabu atau lebih mesra dipanggil ‘Abang Mat’ untuk mengesahkan akaun tersebut.