Rahsia Timun – Mencegah Kanser Kulit


Biasanya timun ni kita selalu makan sebagai ulam sahaja atau pun dimakan dengan nasi lemak atau nasi kosong. Tapi, timun ni sebenarnya banyak khasiat dan kebaikan dia pada kulit kita! Sebab ada sesetengah orang yg amalkan timun ni sebagai menu diet mereka. Timun dicampur dengan sayuran atau buahan lain dan dijadikan sebagai jus dan bermacam-macam lagi.

Salah satu kebaikan timun ni boleh mencegah kanser. Kanser apa? haa timun boleh mencegah kanser kulit. kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut baca artikel ni sampai habis tau.

#1 Menyegarkan mata yang letih

Korang pernah tak tengok sesiapa yang hiris timun nipis dan letakkan di atas mata selama semalaman? Atau korang sendiri pernah buat benda tu? Tujuan nya untuk menghilangkan eyebag. Tapi ada yang berkata eyebag masih tak hilang. Disini saya nak betulkan sikit, fungsi timun adalah bukan untuk menghilangkan eyebag serta merta, tetapi timun hanya bertindak untuk mengurangkan kesan garis bawah mata atau lingkaran gelap aku bengkak di bawah mata tersebut.

Kesan daripada itu juga timun membuatkan mata korang lebih fresh dan segar. Macam mana? Letak kan timun dan rehatkan mata selama 10-15minit.

#2 Mengekalkan hidrasi Badan

Nak tahu tak timun sebenarnya mengandungi 95% air. Haa banyak bukan? Sekarang baru rasa logik kenapa orang potong timun letak dalam air kosong? Selama ni ingatkan untuk detox je.  Tapi ia juga dapat mengekalkan hidrasi dalam badan. Macam-macam boleh buat dengan timun ni tau, boleh buat jus boleh masukkan dalam air kosong dan jadikan dia sebagai minuman detox dan sebagainya.

Selain itu juga, ada yang jadikan timun sebagai rutin penjagaan muka mereka. Contohnya pencuci muka yang dihasilkan dari timun, serum dari timun dan sebagai nya. Fungsinya ialah adalah sama iaitu mengekalkan kelembapan untuk muka. Dalam masa sama kulit tak kering dan sentiasa toink toink anjal.

#3 Membantu menurunkan berat badan

Pernah dengar untuk kurus kena banykkan minum air masak? Sama sahaja dengan timun memandangkan timun adalah 95% air jadi boleh dikaitkan bahawa timun mampu menurunkan berat badan. Tapi, kena amalkan dengan cara yang betul. Tapi jangan pula lepas baca artikel ni korang taknak makan nasi, dan nak makan timun sahaja semata-mata untuk kurus. Tak betul tu.

Cadangan saya, jadikan timun sebagai snek. Selain itu, setiap kali mengambil makanan berat korang wajib kena ada timun, baru lah seimbang. Timun juga rendah kalori dan mengandungi serat. Jadi, korang makan nasi macam biasa tetapi dengan adanya timun sebagai ulam ia bertindak untuk detox juga. Hebatkan timun?

#4 Menghilangkan masalah mulut berbau

Timun juga dapat membantu menghilangkan masalah mulut berbau. Ramai yang tak tahu pasal ni bukan? Selalu kalau mulut berbau korang akan kunya gula-gula getah kan? Tapi apa kata kali ni tukar gula-gula getah dengan timun. Bagaimana? Haa caranya mudah sahaja, letakkan hirisan timun di lelangit dan tolak timun menggunakan lidah selama 30 saat hingga ke 1 minit. Insha Allah lepas korang amalkan nya tiada lagi masalah mulut berbau. Nak bercakap pun confident 😉

#5 Dapat mencegah kanser

Haa ini yang saya katakan pada awal artikel tadi. Timun dapat mencegah kanser. Selain mempunyai 95% air timun juga sebenarnya kaya dengan antioksidan. Semua sayur atau buah yang kaya antioksidan boleh bantu kita mencegah kanser. Tapi jangan salag faham timun bukan untuk melawan kanser tetapi kita boleh usaha untuk mencegahnya.

Salah satu kanser yang timun boleh cegah adalah kanser kulit. Jadi, selalu la makan timun. Kalau nak senang jadikan timun sebagai snek, dalam masa yang sama korang boleh dapatkan kulit cantik dan kesihatan kita terjaga dengan mengamalkan timun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat