10 Tips Untuk Kurus Dari Pengalaman Sebenar Jazli Hassan, Pernah Turun Lebih 100kg!
Berikut ialah 10 tips untuk kurus dari pengalaman sebenar jazli hassan, yang pernah turun lebih 100kg dari berat asal iaitu 171 kg ke 86 kg:
1) Kawal pemakanan dengan cara betul bukan menyeksa diri.
2) Belajar bawa bekal yang di masak sendiri,setiap hidangan kurang berminyak,brlemak,berkalori tinggi,manis terlampau,bahan pengawet lebih.
3) Belajar cara kesedaran sebelum pergi untuk peringkat seterusnya.atau peringkat lebih harcore.
4) Minum air masak kurangkan minum air tinggi kandungan gulanya.
5) Makan ikut masa sarapan,minum pagi,makan tengahhari,minum petang dan makan malam.dalam kuantiti sedikit dan kerap.utk elakkan rasa lapar terlampau.
6) Elakkan stress semasa menurunkan berat.jangan asyik melihat angka di mesin timbang banyak kali,pelbagai aspek kita kena lihat turun naik berat badan.
7) Mulakan senaman mengikut kemampuan diri,jangan terus drastik badan manusia bukan mesin.hari ini senaman esok kurus.
8) Dekatkan diri dengan tuhan mohon kekuatan dan semangat untuk kita kuat tempuh ujian sepanjang proses menurunkan berat badan.
9) Jangan malu untuk berubah,jangan pikir apa orang mahu kata tentang kita,set kan minda kita ada matlamat,kita buat sampai berjaya.
10) Jadikan keluarga,sesorang atau sesuatu yang boleh jadi inspirasi untuk anda bersemangat berubah kali ini.tampal atau gam kuat2 dalam hati..