Kena Tahu Bezakan Kemurungan (Mood Depression) Dengan Kemurungan Klinikal (Clinical Depression)
Selepas peristiwa yang menggoncang jiwa, kebanyakan kita pernah lalui situasi di mana kita berasa sedih, tiada motivasi, kesunyian, dan jiwa kacau selama seminggu. Itu reaksi biasa dan kita masih boleh berfungsi dengan normal. Itu adalah mood depression, dan bukan penyakit.
Clinical depression(major depression) pula akan menyebabkan kefungsian akal terjejas dan secara tidak langsung boleh juga menyebabkan gangguan kesihatan fizikal jika berlangsung lama. Biasanya berlaku lebih 2 minggu. Penghidap tak boleh berfikir secara waras.
Apabila kemurungan klinikal menjejaskan kewarasan, penghidap tidak boleh membuat pertimbangan yang rasional. Ini termasuk tidak dapat menilai sebab dan akibat tindakannya. Kemurungan klinikal adalah penyakit, bukan sekadar mood.
Tidak seperti kemurungan biasa(mood depression) yang boleh dilabel dan dirawati oleh sesiapa, kemurungan klinikal hanya boleh didiagnos dan dirawat oleh doktor/psikiatris. Kemurungan klinikal adalah penyakit yang tersenarai dalam ICD-10.
Tidak wajar kita label orang yang murung klinikal sebagai orang yang lemah iman, tak kuat semangat, atau berkeyakinan rendah. Orang yang beriman, berkeyakinan tinggi dan bersemangat juang tinggi pun boleh diserang kemurungan klinikal.
Satu komen untuk “Kena Tahu Bezakan Kemurungan (Mood Depression) Dengan Kemurungan Klinikal (Clinical Depression)”