Datuk Jamal Abdillah Mengakhiri Zaman Duda Beliau
Datuk Jamal Abdillah akhirnya telah berkahwin dan memilih gadis berusia 23 tahun sebagai isteri pada 1 April lalu. Selepas 10 tahun menduda. Datuk Jamal juga tidak mendedahkan identiti suri hatinya mahu pun perincian majlis pernikahan kali keempatnya itu.
Menurut Sumber yang terdekat, hari bersejarah penyanyi Sepi Seorang Perindu itu hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua mempelai. Difahamkan, gadis bertuah yang berjaya mencuri hati penghibur bersuara emas itu berasal dari Kulim, Kedah.
Namun Datuk Jamal tidak mahu mengulas lebih lanjut. Tapi mengesahkan mengenai berita pernikahannya, Datuk Jamal pernah berkahwin dengan Basariah Latif pada 1988, namun mereka bercerai lapan tahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata. Penyanyi itu kemudian menikahi Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan mereka dikurniakan anak lelaki, Osama Yamani, yang kini berumur 16 tahun.
Bagaimanapun perkahwinan mereka juga tidak berkekalan dan selepas itu beliau bertemu jodoh buat kali ketiga dengan Fatimatuzahra Samat pada 2005. Menerusi perkongsian hidup selama dua tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Zaki Yamani yang sudah mencecah usia 10 tahun. Pengurus peribadinya, Ali, berkata penyanyi berkenaan bakal membuat pengumuman berhubung perkara terbabit.