Nenek Tak Sekolah Ada Tanah 100 Ekar


NENEK TAK SEKOLAH ADA TANAH 100 EKAR

Hujung minggu baru ni saya terserempak dengan Tuan H. Dah lama dengar cerita pasal Tuan H ni dari isteri dia. Tapi tak pernah bersemuka.

Terserempak kat kedai makan. Sembang punya sembang baru tau rupanya beliau Tuan H.

Tuan H keluarga bisnes. Suami isteri & anak-anak semua berniaga. Tuan H ada bisnes trading, kebun pisang, kolam ikan, buat training & consultation. Isteri pulak buka restoran ayam kampung di Bangi. Biasa kalau makan kat restoran beliau, dapat lah kata-kata motivasi. Ala-ala nasihat mak kepada anak gitu

Anak pertama dan kedua pun ada bisnes sendiri.

Tuan H tau yang saya buat bisnes jugak dan ejen property.

m

 

“Kita ni kena ada pasif income, Fauzi. Salah satu sumber pasif income adalah invest dalam property”.

“Saya pun baru berjinak-jinak dalam property ni. Beli tanah tanam pisang, beli tanah buat lot banglo, beli rumah. Nak create pasif income

Rate Serendah RM0.06 sen

Rate Serendah RM0.06 sen

“Mak mertua saya ada 100 ekar tanah kat kelantan. Semua dia beli cash. Beli sikit-sikit.”

“Tiap-tiap hari ada je orang datang bagi duit kat dia. Duit sewa, duit hasil getah. Kerja dia kutip duit je”

b

 

“Semua anak dia masing-masing dapat tanah dari dia. Ada la nilai dalam 1 juta seorang”

“Saya pesan kat anak saya, start belajar property dari muda. Mula sebagai property ejen dulu. Nanti boleh belajar slowly pasal property investment”.

“Saya cabar anak saya, nenek mu yang tak sekolah tu pun boleh ada 100 ekar tanah, mu yang ada degree bagai kena jadi lebih baik dari dia. Kalu tak malu ke nenek mu”

“Nanti saya suruh dia contact Fauzi. Jadi ejen property dengan Fauzi kat Chester”

Baik tuan H. Bukan anak tuan je tercabar, saya pun tercabar.

P.S. Lama tak menulis, berpeluh jugak jari

 

 

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian. Hubungi Kami Sekarang

Ketahui bagaimana kami membantu melonjakkan jualan pemilik ecommerce, mengumpulkan dana serta keahlian bagi gerakan NGO & menguruskan infrastruktur IT bagi syarikat korporat & persendirian.
Hubungi Kami Sekarang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat