LGBT & Transgender Berhak Dilayan Baik


Meskipun Malaysia tidak akan mengiktiraf golongan songsang LGBT & Transgender, namun mereka berhak menikmati hak yang sama sebagai warganegara. Malah golongan itu tidak seharusnya diskriminasikan dalam apa jua keadaan termasuk di tempat kerja.

1. Golongan Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender (LGBT) atau apa jua istilah akademik yang digunakan, adalah mereka yang mengalami kecelaruan orientasi seksual. Mereka berhak dilayan seperti warganegara Malaysia yang lain di bawah perlembagaan.

2. Mereka nak hak yang sama dengan orang lain, iaitu bekerja, masuk tandas, berkeluarga, main facebook, makan di kedai mamak, main “mobile legend” dan semua benda yang kita semua manusia normal buat. Dan memang rakyat Malaysia menerima saja apa hak itu.

3. Cuma harus diingat, jika seorang transgender atau maknyah nak bekerja, kod etika pakaiannya adalah lelaki. Jika nak solat jumaat atau masuk tandas, ia dikira berdasarkan alat kelamin. Tidak boleh dihukum pada lipstik dan gaunnya. YB Menteri Agama harus JELAS terhadap perkara nie. Jika tidak, pertemuan dengan Nisha Ayub hari ini akan memperlihatkan seolah-olah satu pengiktirafan baru kepada kelompok ini.

Begitu juga golongan pengkid, jika masuk tandas, masuk masjid, maka hukumnya juga berdasar alat kelamin. Kerana saya meneliti ucapan Nisha Ayub pada sidang media tadi seolah ada 1 permintaan untuk tandas ketiga bagi mereka. Penggunaan perkataan ‘she’ kalau pun untuk menjaga hati perlu ditukar kepada memanggil nama sahaja tanpa perlu menyebut ‘he’.

4. Masyarakat kita boleh terima dengan guru berperwatakan lembut tetapi mustahil untuk menerima lelaki yang berbaju kurung mengajar di kelas. Membenarkan maknyah bekerja dengan berbaju wanita umpama membenarkan seseorang mencuri kerana ia adalah salah di sisi agama.

Jika siangnya dia bekerja berpakaian lelaki, dan pada malamnya dia berpakaian wanita, itu adalah pilihannya sendiri selagi ia tak mengganggu orang lain dan melanggar undang2 (Walau pun itu juga berdosa)

5. Golongan seperti ini juga tidak boleh dijadikan ikon walau pun mereka berjaya dalam perniagaan dan apa jua bidang. Mereka boleh dipanggil di pentas dan forum umtuk berkongsi apa jua topik namun haruslah berpakaian mengikut jantina asal. Jika tidak, sukarlah setiap mak ayah nak beri penjelasan pada anak-anak.

6. Apa yang kita bimbang hari ini ialah, mereka dan pendokong mereka seolah dilihat bermaharajalela di media sosial tanpa sebarang rasa takut dan bersalah. Sekurang kurangnya YAB Menteri Agama dan SKMM kenalah ada sedikit ketegasan.

Mereka berhak meminta hak mereka dan kita juga berhak menerima dan menolak permintaan mereka jika ia bertentangan dengan norma dan budaya melayu Islam Timur Malaysia. Paling kurang ada garis panduan di media sosial dan televisyen kerana pengaruh di sini cukup besar.

Cukup-cukup lah cerita tv lelaki watak perempuan, rancangan lawak pakai baju kurung, pre wedding shoot sama jantina, dan banyak lagi.

6. Apa pun, tahniah kepada Menteri Agama sudi jumpa kelompok ini. Cuma haruslah ada ketegasan dalam prinsip dan kejelasan terhadap batas permintaan mereka supaya tidak ada yang ‘naik tocang’ & tidak ada pula yang terlalu ‘lunak’.

Ikhlas

DAA

Tonton Video dibawah berkaitan isu LGBT & Transgender di Malaysia:

Tag:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat