Cara Berkesan Mencegah Keguguran Rambut

Sumber Rujukan : Dr Jasmine Ruth

Ramai yang menghadapi masalah keguguran rambut. Antara punca rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur disebabkan genetik, tekanan, horomon yang tidak stabil dan pengambilan ubat tertentu. Begitu juga penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyembur rambut dan bahan menukar rambut kerinting kepada lurus dan sebaliknya, boleh menyebabkan rambut gugur dengan teruk. Malah, kekurangan  nutrisi tertentu akibat diet yang tidak betul turut menjadi penyebab masalah itu. Berikut adalah cara berkesan mencegah keguguran rambut:

Pemakanan sesuai

Diet yang betul bukan sahaja bagus untuk memiliki rambut sihat, malah kesihatan keseluruhan. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang disaran pengambilannya bagi memastikan rambut mendapat nutrisi yang cukup:

1) Salmon

Salmon, sardin dan ikan kembung mengandungi lemak omega-3 yang tinggi. Badan jarang menghasilkan lemak yang sihat. Oleh itu, perlu mendapatkannya daripada makanan atau supplemen. Lemak ini membantu melindungi individu daripada penyakit dan menjaga kesihatan kulit kepala untuk rambut yang berkilat dan kuat.

2) Yogurt

Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan membantu dalam pengaliran darah ke kulit kepala dan pertumbuhan rambut. Vitamin B5 (Pantothenic acid) membantu masalah keguguran rambut dan penipisan rambut.

3) Bayam

Sayuran hijau mengandungi nutrien seperti vitamin A, zat besi dan folat, beta karotena dan vitamin C yang merawat kulit kepala menjadi lebih sihat. Ia membantu mengatasi rambut mudah putus dan rapuh.

4) Ubi Jalar

Mengandungi antioksidan beta karotena iaitu badan akan menukarkannya kepada vitamin A. Ini membantu mengatasi masalah rambut yang kering dan menggalakkan kulit kepala menghasilkan sebum. Beta karotena juga ada dalam sayur-sayuran berwarana oren  seperti lobak merah, labu dan mangga.

5) Kayu Manis

Taburkan rempah ratus ini dalam oatmeal. Ia membantu pengaliran darah dan oksigen dan nutrien ke folikel rambut.

6) Jambu Batu

Buah tropika ini penuh dengan vitamin C dan melin dari kepatahan. Secawan jambu batu mempunyai 377 miligram(mg) vitamin C dan empat kali lebih jumlah yang diperlukan dlam satu hari!

7) Bijirin Yang Diperkaya Zat Besi

Kekurangan zat besi akan menyebabkan keguguran rambut. Individu boleh mendapatkan nutrien ini dalam bijiran, pasta, kacang soya dan kacang merah. Kerang, sayuran hijau, daging lembu dan hati juga mengandungi zat besi yang tinggi.

8) Daging Tanpa Lemak

Apabila seseorang kekurangan protein, pertumbuhan rambut akan berhenti. Apabila pertumbuhan berhenti dan rambut lama gugur, mereka akan mengalami kehilangan rambut. Pilihlah daging tanpa atau kurang lemak seperti daging ayam, daging ayam Turki dan daging lembu.

Baca selanjutnya: Tips Penjagaan Rambut Agar Kekal Sihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat