Isteri Uji Suami


Seorang isteri, ingin menguji suami nya. Apakah tindakan suaminya andai dia meninggalkan suami tanpa apa-apa sebab begitu sahaja.

Lalu si isteri menulis surat untuk si suami:

“Abang, saya dapat merasakan abang curang dan saya ingin keluar dari rumah ini. Selamat tinggal, halalkan makan minum saya. Ampuni segala dosa saya.”

Selepas menulis surat dan meletakkannya dibirai katil, si isteri cepat-cepat menyorok di belakang almari di biliknya. Ingin mengintai reaksi suaminya membaca surat tersebut.

Tidak lama kemudian, suaminya pulang dan membaca surat tersebut. Namun setelah membaca surat tersebut, suaminya kelihatan begitu gembira, membalas balik suratnya dengan menulis sesuatu dibelakang kertas yang telah ditulis tadi. Bersiulan sambil mandi dan terus memakai baju serta wangi-wangian.

Suaminya mendail dan bercakap dengan seseorang.

“Hey sayang, akhirnya perempuan itu sedar bahawa aku curang terhadapnya. Bagus dia dah keluar dari rumah ini kerana aku tak sepatutnya menikahi dia. Jom, kita berjumpa ditempat biasa sekarang.”

Lalu suaminya melangkah keluar dari biliknya, dan terus keluar dengan keretanya. Semasa isterinya mendengar percakapannya, isterinya menangis dan tersangat sedih, dan apabila suami keluar, dia keluar dari belakang alamari untuk melihat apa yang ditulis suaminya.

Lalu ia membaca, “Aku nampak kaki kau, bongok. Aku keluar sekejap, beli roti.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat