6 Negara Wajib Dilawati Pada Tahun 2019
Cuti sekolah sudah tiba. Sudahkah ada perancangan untuk mengunjungi destinasi pelancongan bersama keluarga. Inilah peluang kita untuk meraikan detik-detik indah bersama keluarga ataupun dengan rakan taulan.
Ganjaran istirahat dan semangat percutian sedang dinikmati oleh sebahagian besar daripada kita. Pada masa sama, tentu ada yang mahu membuat perancangan lebih awal bagi merasai pengalaman seumpamanya pada masa akan datang.
Disini saya senaraikan 6 negara wajib dilawati pada tahun 2019 :
1. Belize
Negara di benua Amerika Tengah ini kini menjadi lokasi eko-pelancongan terbaharu susulan rancangan kerajaan Belize untuk melindungi persekitaran marinnya yang unik. Rakyat Belize yang dahulunya diperintah kerajaan Britain, majoritinya boleh berbahasa Inggeris, dan ia tentu sekali tidak akan memberikan sebarang masalah komunikasi kepada pelancong.
Lokasi paling popular di Belize pula ialah lubang benam sedalam 124 meter iaitu Blue Hole Natural Monument yang paling ‘digeruni’ peminat aktiviti selam. Tambahan itu, lawatan ke Belize tidak lengkap tanpa melihat tinggalan runtuhan Maya, terutamanya Gua Actun Tunichil Muknal atau ‘ATM’ di mana anda boleh mengikuti lawatan tertentu.
Pelancong digalakkan memulakan pengembaraan di Belize City, diikuti dengan menaiki bot ke Caye Caulker yang lebih santai dan sesuai untuk aktiviti menyelam. Selain menyelam, pelancong juga disyorkan mencuba aktiviti ‘trekking’ di Cockscomb Basin Wildlife Sanctuary di mana anda boleh melihat kelompok jaguar.
2. Indonesia
Indonesia merupakan antara lokasi yag paling digemari oleh rakyat Malaysia. Selain Jakarta dan Bali yang menjadi lokasi paling banyak dilawati pelancong. Lombok, Jogjakarta dan Papua Barat juga antara yang menarik untuk dikunjungi.
Pengunjung disyorkan memulakan perjalanan dari Sumatera Barat untuk melihat Taman Negara Gunung Leusur. Kemudian ke Jogjakarta hingga ke Gunung Rinjani di Lombok, pantai di Bali dan akhirnya di Taman Negara Komodo.
Antara lokasi yang kurang diketahui orang ramai ialah kepulauan Raja Ampat di Papua Barat yang sesuai bagi peminat ekologi dan biodiversiti marin. Pelancong juga harus melawat Pulau Komodo, terutamanya bagi peminat menyelam skuba yang ingin melihat ikan paus manta sebelum berdepan dengan biawak komodo di Taman Negara Komodo.
3. Jordan
Jordan yang mempunyai ‘Jordan Pass’ yang menawarkan visa percuma dan akses kepada lokasi utama. Seperti Petra turut serta pakej jejak basikal di Jejak Jordan dan safari padang pasir di Shaumari Wildlife Reserve. Bukan itu sahaja, namun peminat sukan lasak juga dapat mencuba aktiviti memanjat batu, meneroka gaung dan terapung di Laut Mati.
Lokasi yang wajib dilawati ketika di Jordan semestinya bandar kuno Petra yang dipenuhi tinggalan monumen dan binaan yang dipercayai dari tahun 9,000 Sebelum Masihi. Pelancong juga disyorkan membuat lawatan ke Laut Mati untuk pengalaman berapung di dalam airnya yang merupakan ketujuh paling masin di dunia. Walaupun bahasa rasminya ialah Bahasa Arab, namun pelancong mudah berkomunikasi dengan rakyatnya yang ramai boleh berbahasa Inggeris.
4. Sri Lanka
Sri Lanka juga tersenarai sebagai negara yang wajib dilawati untuk tahun 2019. Sistem pengangkutannya yang baru sahaja diperbaiki memudahkan perjalanan dari satu bandar ke banda lain dengan panorama yang cukup memukau.
Anda disarankan untuk menaiki kereta api melalui perkebunan teh dari bandar Kandy ke Ella untuk menikmati antara salah satu pemandangan perjalanan kereta api yang terindah di dunia. Juga sudah bnyak hotel dan restoran yang dibangunkan di sekitar kawasan tersebut untuk memuaskan permintaan pelawat yang semakin meninggi.
Bagi anda yag suka aktiviti bersantai dan aktiviti lasak, Sri Lanka adalah lokasi terbaik untuk anda lawati. Kekayaan budaya Sri Lanka dapat dilihat di Cultural Triangle yang berpusat di tengah-tengah bandar yang mana monumen Buddha purba dapat dilihat hampir setiap sudut.
5. Krgyztan
Selalunya jika mahu melihat pemandangan gunung-ganang menghijau orang akan menyebut tentang Kashmir. Sebenarnya, Krgyztan yang dipenuhi gunung-ganang itu antara rahsia yang paling lama disimpan oleh pendaki fanatik.
Negara itu terletak di Asia Tengah dan menyebelahi kelompok negara Stan lain seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Bagi pendaki, sesuai melawat antara salah satu daripada 88 banjaran gunung negara itu, terutamanya negara banjaran gunung Pamir-Alay dan Tien-Shan yang dikatakan antara yang paling mengagumkan di dunia.
Pengunjung juga disyorkan menunggang kuda atau menginap sekurang-kurangnya satu malam di khemah tradisional ‘yurt’ yang menghadap kawasan pergunungan. Selain itu, pelancong Muslim juga mudah cari makanan halal di kota Bishkek yang mana majoriti penduduknya beragama Islam.
Manakala untuk mencari pelbagai jenis cenderahati murah dan istimewa, pengunjung boleh ke bazar yang terletak di bandar Osh.
6. Panama
Cantik bagai poskad, Panama dipenuhi lokasi yang sesuai menjadi latar belakang gambar untuk Instagram. Menurut senarai tahunan Gallup-Heathways, Panama pernah memenangi status negara paling bahagia pada tahun 2014 dan 2015 berturut-turut.
Jelas lawatan ke negara itu sesuai bagi mereka yang ingin bersantai dan melepaskan tekanan waktu bercuti daripada pejabat. Aktiviti paling popular bagi kalangan pelancong semestinya ialah menyelam dalam air laut jernih dan menanam kaki di dalam pasir yang putih dan bersih di sekeliling kawasan pantai berdekatan dengan Panama City.
Banyak aktiviti yang berasaskan alam semulajadi di Panama seperti aktiviti menyelam dan snorkel. Terutamanya di Taman Negara Coiba atau ‘Parque Nacional Coiba’ yang penuh dengan ikan pari manta dan ikan jerung. Peminat muzik pula digalakkan melawat pada bulan Januari untuk menghadiri acara Jazzfest. Manakala mereka yang minat alam semulajadi boleh melawat pada bulan November apabila berjuta burung berhijrah memenuhi langit Panama.