Lupa Anak Dah ‘Pergi’, Ramai Sebak Dengar Rintihan Lelaki Ini Panggil Anak
Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk melupakan kesakitan itu, ia mengambil masa bertahun-tahun. Untuk merelakan ia mengambil masa berbulan-bulan. Untuk meredhakan ia memerlukan kekuatan iman dan mental.
Ada ketika, saat terbiasa dengan ketiadaan insan tersayang, mungkin kita tidak merasai apa-apa. Namun apabila tiba saat susuk tubuh arwah terbayang dimata, saat memori indah menerawang di kepala, pastinya itu adalah titik terendah bagi mereka yang pernah kehilangan.
Tiada yang mudah dalam soal kehilangan ini. Tiada yang indah tentang kehilangan, pastinya ia adalah satu kisah sedih yang teramat susah untuk dihapus dalam kamus kehidupan.
Lupa Anak Dah ‘Pergi’, Ramai Sebak Dengar Rintihan Lelaki Ini Panggil Anak
Seperti mana video yang viral menerusi aplikasi TikTok yang dikongsikan oleh ian_RJ memaparkan seorang lelaki yakni ayah kepada 3 orang anak. Namun dia sudah kehilangan anaknya sejak empat tahun yang lepas lagi.
Akan tetapi, kisah kehilangan tersebut seolah-olah tiada dalam pita ingatannya memandangkan sejak bulan Mei yang lepas dia tiba-tiba koma akibat jantung berhenti.
Semenjak dari itu, dia seolah-olah lupa ingatan. Lebih sayu lagi, apabila dia mengunjungi kubur anaknya itu namun dia sepertinya terkejut. Sempat merintih memanggil nama anaknya yang bernama Adib. Dalam keadaan begitu, isteri tercinta setia di sisi. Membetulkan, menjelaskan dan memberitahu setiap perkara.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas, suami kepada Zainab sedang memerhati kubur anaknya. Apabila disuruh oleh untuk mencabut rumput dan membersihkan kubur, dia terus membuatnya. Namun kemudiannya berhenti, seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihat.
Saat isterinya meminta dia untuk membacakan surah Al-Fatihah, dia terus membacanya dengan lancar. SubhanaAllah, semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan.
Sebak bila dia cakap Allahuakhbar dan sebut nama anak dia
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang turut meluahkan rasa sedih dan mengalirkan air mata. Ada juga yang berasa sebak saat mendengar si ayah menyebut nama anaknya.
“Sebak bila dia cakap Allahuakhbar dan sebut nama anak dia. Semoga pakcik sihat-sihat ya”, tulis pemilik akaun TikTok Shahrulbariah Arsad.
Dalam masa yang sama ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, betapa kuat dan setianya seorang ibu dan isteri. Turut sempat mendoakan pasangan suami isteri ini kekal hingga ke Jannah.
“Kuatnya seorang ibu, setianya seorang isteri. Semoga berbahagia akak dan suami hingga ke Jannah. Amin”, tulis poddin.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan yang dia faham situasi pakcik berkenaan. “Saya faham situasi pakcik ini”, tulis MY Alhafiz. Alhabibi BN berserta emoji sedih.
Tak terbayang dek mata, bagaimana seorang isteri terus kuat dan bersabar melayan suaminya. Mungkin selepas menghidapi penyakit tersebut, suaminya itu tidak seperti biasanya. Setiap perkara harus diajar dan ditegur.
Semoga keluarga ini terus diberikan kekuatan. Semoga juga lelaki yang kelihatan sangat baik cepat sembuh dan dapat hidup seperti biasanya.
Kredit: TikTok ian_RJ
Baca juga: “Meletup Hancur Rumah..” Buat Tangki Tahi Dalam Rumah, Wanita Ini Luah Rasa Bengang