Makanan Yang Tidak Patut Diambil Ketika Perut Kosong
Waktu pagi merupakan masa yang paling penting untuk tentukan mood kita sepanjang hari. Oleh itu, makanan serta rutin sangat mempengaruhi keperluan nutrisi seharian. Sukar untuk dinafikan bahawa apa sahaja aktiviti yang ingin kita lakukan pada hari tersebut selalunya bergantung dengan apa yang kita makan ketika sarapan pagi. Tapi kita tidak sedar sebenarnya setiap makanan dan minuman yang kita makan mempunyai keburukan jika memilih untuk memakan sewaktu perut kosong. Haa bahaya tau! Nak tahu senarai makanan apa yang harus elak jom tengok di bawah.
Berikut adalah senarai makanan yang tidak patut diambil ketika perut kosong:
1.Makanan dan minuman manis
Selepas bangun dari tidur dengan perut yang kosong, sebaiknya ambil segelas air kosong terlebih dahulu kerana tubuh badan anda baru sahaja mula untuk berfungsi. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan atau minuman akan menyebabkan pankreas anda bekerja dengan lebih kuat disebabkan peningkatan pengeluaran insulin oleh tubuh badan.
2.Makanan pedas
Makanan pedas atau berempah boleh meningkatkan pengeluaran asid di dalam perut. Sistem penghadaman dan pencernaan anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya mengambil makanan yang pedas atau berempah semasa perut anda kosong.
3.Kopi
Walaupun memang dah ramai terbiasa dengan tabiat pengambilan kopi waktu pagi, tapi apa kata kalau isi perut dahulu sebelum mengambilnya. Ini adalah kerana rembesan asid hidraulik dalam sistem pencernaan akan menyebabkan gastrik bagi sesetengah orang.
4.Sayur
Sayur memang sangat bagus, tak dinafikan lagi khasiatnya. Tapi, sifat sayur yang mengandungi serat kasar hanya akan menambahkan beban, sakit perut, dan perut kembung.
5.Pisang
Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang tinggi kandungan magnesium. Tetapi sekiranya diambil semasa perut kosong, kandungan magnesium dalam darah anda akan meningkat dan secara tidak langsung boleh membahayakan jantung.
6.Minuman berkarbonat
Kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat boleh mengganggu proses pembekalan darah ke perut sekiranya diambil semasa perut kosong. Kesannya, proses pencernaan akan menjadi lambat. Pastikan anda makan sesuatu terlebih dahulu sebelum mengambil minuman berkarbonat.
Semoga bermanfaat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badan….