BN Lancar Manifesto Esok (Isnin), 10 Teras & 99 Tawaran Akan Dinikmati Pelbagai Golongan Masyarakat
Seperti yang kita ketahui, hari mengundi bagi memilih calon yang terbaik bakal tiba tidak lama lagi. Kenapa mengundi dan Pilhan Raya Umum (PRU) ini patut diadakan? Ya la, negara kita yakni Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Oleh kerana itu, setiap lima tahun sekali, Pilihan Raya Umum(PRU) diadakan bagi memilih wakil rakyat ataupun pemimpin negara yang terbaik bagi membangunkan negara. Sepanjang tempoh itu, setiap parti yang bertanding haruslah membentangkan manifesto parti masing-masing untuk rakyat.
Hal ini adalah bagi membuka peluang kepada rakyat bagi menilai dan memilih calon yang terbaik untuk mewakili mereka dalam meneraju negara. Akan tetapi, apa itu Manifesto? Manifesto ini merupakan satu dokumen pemasaran idea, harapan dan masa depan. Lebih jelas lagi adalah manifesto ini merupakan janji-janji pilihan raya.
BN Lancar Manifesto Esok (Isnin), 10 Teras & 99 Tawaran Akan Dinikmati Pelbagai Golongan Masyarakat
Berkenaan dengan Manifesto ini, Barisan Nasional bakal melancarkan janji-janjinya pada 7 November, Isnin (esok). Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, partinya akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran.
Teras dan tawaran tersebut akan dinikmati oleh pelbagai golongan masyarakat terutamanya kumpulan B40 dan M40 selain tidak dilupakan golongan T20. Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan serta pendidikan adalah antara keutamaan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Kita mahu soal kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan, jadi kita harus menentukan langkah-langkah untuk menentukan bahawa ia tidak akan memberi kemudaratan yang berat kepada rakyat.”
“Di samping itu, kita juga mahu terus menggamit pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) supaya pelabur boleh melabur semula bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai eskport.” katanya menerusi laporan BERNAMA.
Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi lagi, pengumuman tersebut akan dilakukan secara langsung menerusi media sosial, selain pengedaran bahan bercetak di setiap PDM di seluruh negara.
Walau apapun, semoga pengumuman atau pelancaran manifesto esok berjalan dengan lancar. Apa yang kami, rakyat Malaysia harapkan adalah setiap janji yang disebut akan ditunaikan.
Sumber: BERNAMA
Baca juga: PRU 15 – Kira-Kira 945 Calon Parlimen Bertanding, Jumlah Tertinggi Dalam Sejarah