Digomol Bertalu-Talu Oleh Permaisuri Agong, Ramai Cemburu Dengan Adik Ini
Memiliki cahaya mata dari darah daging sendiri adalah salah satu rezeki yang patut disyukuri. Melihat mereka membesar di hadapan mata, daripada kecil hinggalah dewasa, merupakan saat yang akan dirindukan apabila mereka sudah dewasa kelak.
Kelakuan dan perangai anak-anak kecil ini memang seringkali memenatkan. Namun nikmati sahaja saat-saat itu kerana mungkin satu hari nanti, kalian akan merinduinya teramat sangat.
Sifatnya, kelakuannya, perangainya yang jujur, bakal membuatkan hati insan terdekat merindui. Sikap anak kecil ini bukan sahaja boleh mmebuatkan darah kita naik mendadak secara tiba-tiba namun ia juga dapat mencetuskan tawa dan membuatkan kita geram.
Digomol Bertalu-Talu Oleh Permaisuri Agong, Ramai Cemburu Dengan Adik Ini
Berkait rapat dengan anak kecil ini, baru-baru ini viral sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak digomol bertalu-talu oleh Permaisuri Agong, Tunku Azizah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang kanak-kanak berpipi tembam membuatkan Tunku Azizah berasa geram.
Walaupun anak kecil berkenaan kelihatan cuba lari dan tidak suka dirangkul namun Tunku Azizah tetap menggomolnya. Kelihatan juga Tunku Azizah sempat bergurau menghulurkan tangan bagi menyambut adik berkenaan namun akhirnya mereka bersalaman sahaja.
Di akhir video berkenaan, Permaisuri Agong itu juga turut meminta mengambil gambar bersama dengan adik berkenaan yang tembam dan comel. Ekoran video yang dikongsikan oleh adib_amsyar21 ini, ramai yang meluahkan rasa cemburu apabila melihat anak kecil itu dipeluk oleh Tunku Azizah.
Ya Allah daulat tuanku berjiwa rakyat..
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang berseloroh, apabila adik ini besar akan teringat pernah dipeluk oleh Permaisuri Agong.
“Adik ni bila besar aku dulu masa kecik permaisuri peluk aku tau”, tulis MITSUHA BANGTANIE
Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji Tunku Azizah ini seorang yang berjiwa rakyat. Mana tidaknya, Permaisuri seakan-akan tidak kisah untuk mencium anak rakyatnya.
“Ya Allah daulat tuanku berjiwa rakyat. X kesah pun dia cium anak rakyatnya”, tulis user8365459872105
Tidak kurang juga ada yang memuji Permaisuri Agong dan menasihati adik ini agar tidak lupa untuk menemui kembali Permaisuri Agong yang disifatkan berjiwa rakyat itu.
“Kalau adik besar nanti jgn lupa jumpa balik tau dgn permaisuri yg baik hati berjiwa rakyat Niii.. buka video rakaman Niii kat permaisuri .”, tulis Asama.
Tidak dinafikan, Permaisuri Agong seorang yang berjiwa rakyat. Tidak sombong bahkan sering kali turun padang membantu rakyat tidak kira dalam apa situasi sekalipun. Soal adik kecil tadi pula, tahniah dik sebab awak mampu menarik perhatian Tunku Azizah.
Cemburu, pasti ramai. Lebih-lebih lagi apabila melihat anak kecil ini selamba digomol, dipeluk dan dicium oleh Tunku Azizah. Semoga kedua-duanya berada dalam rahmat Allah selalu. Tetaplah berjiwa rakyat dan humble seperti biasanya.
Sumber: TikTok adib_amsyar21
Baca juga: Tips Kurus – Makan Buah Nanas Setiap Hari, Turut Bantu Cantikan Kulit