Jangan Beli Hartanah Sekarang : Beli Je Hartanah Waktu 2020 Nanti


images (1)
Bila cerita pasal beli hartanah, macam macam pendapat dan nasihat yang pelik kita akan tengok dikongsikan di facebook tentang harga hartanah tahun-tahun akan datang.

1. Jangan beli hartanah pakai loan – Kata mereka, perbankan islam di Malaysia mengamalkan backdoor riba. Bukti yang digunakan adalah satu youtube video sahaja dan pendapat tersebut diutarakan oleh penjual jubah yang tiada ijazah dalam perbankan islam dan tiada pengalaman bekerja membuat produk berkaitan perbankan islam. Paling best, orang yang tiada pengalaman ini boleh pula memfitnah semua yang bekerja di panel syariah di malaysia sengaja bersubahat menganiaya orang islam lain.

2. Beli rumah pakai cash sahaja – Kalau mampu, boleh buat. Masalahnya ramai orang islam yang saya tengok, nak kumpul 5% downpayment pun masalah besar. Jadi kalau tak mampu, guna perbankan islam. Di Malaysia sahaja kita ada 200 orang islam yng menjadi panel syariah bank bank yang dah belajar berpuluh tahun mengenai perbankan islam untuk pastikan kita ada sistem yang halal.

3. Belilah hartanah tahun 2020 sebab nilai hartanah akan jatuh tahun 2015-2017 – Yang ni bagi saya agak kelakar. Sebab yang cakap begini hanya 2-3 orang sahaja tetapi ada berpuluh lagi pakar lain yang cakap harga hartanah mass-market susah nak jatuh. Tapi majoriti orang suka nak percaya, hanya 2-3 orang ni sahaja sebab kalau nak beli sekarang memang tak mampu sebab sibuk nak bayar Asteruk, kereta baru, dan shopping tiap tiap bulan. Mereka harapkan “pakar-pakar'” 2-3 orang ni betul sebab mungkin akan membantu mereka beli rumah nanti. Dan kalau harga rumah masih tak jatuh tahun 2020, mereka boleh salahkan “pakar-pakar” yang mereka jumpa di Fesbuk ni. Sebab menyalahkan orang lain lebih mudah dari buat sesuatu untuk iktiarkan supaya boleh beli rumah secepat mungkin.download

Saya tak tahu kalau semua harga hartanah akan jatuh tahun 2020. Tapi harga hartanah untuk kediaman kategori mewah, dah lama dah start jatuh.Yang tak jatuh-jatuh, adalah kediaman kategori low cost dan mass-market. Benda yang dijual pada harga tak masuk akal mmg akan jatuh harga (contoh kondo Rm800k di Klang Lama, atau bungalow RM3juta di Ampang). Tapi majoriti hartanah yang dibawah harga RM600,000 susah nak turun harga sebab supply tak mencukupi. Benda yang tak cukup supply, susah nak jatuh harga. Basic supply dan demand.

Tapi kalau anda nak tahu apa yang PASTI turun harga/value atau jadi kosong nilainya tahun 2020 ini, anda boleh rujuk senarai berikut :

1. Semua jenis pakaian mahal yang anda beli hari ini.
2. Asterui ( sebab iFlix dan Netflix dah sampai kat Malaysia)
3. Kereta/motor besar yang anda beli sekarang
4. Semua jenis skim cepat kayap – Al-papa, Lebuhraya, Emas ETA, managed FOREX, skim pelaburan kedai jubah.
5. Semua jenis hand-fon, laptop dan gadget-gadget (Epal, SamSuck, dan sebagainya)

Harga rumah belum tentu jatuh tahun 2020, tapi ramai dah pakat-pakat nak hold dulu pembelian. Tapi perasan tak, benda yang confirm akan jatuh value ( boleh jadi kosong terus), orang melayu/islam tiada masalah pulak nak menangguhkan pembelian sampai tahun 2020. images

Sebab orang Melayu lebih suka percaya cerita dongeng bagaimana mereka laburkan duit RM50,000, dan dapat pulangan 2%-10% tiap-tiap bulan. Lepas tu berangan nak beli rumah cash. Kononnya nak buat cara Islam, boikot perbankan islam walhal dah terang-bersuluh yang skim yang menjanjikan pulang tetap majoritinya terlibat dalam riba. Buat personal loan RM100,000 untuk masuk skim cepat kayap no problem.

Tapi bayar RM30 untuk beli buku atau masuk seminar mahal belajar ilmu betul, mahal katanya. Dan yang paling ramai kena tipu dgn skim-skim tak masuk akal, majoritinya orang melayu. Kena tipu sebab buat benda tanpa ilmu. Lepas tu menangis tersontot kerana masih perlu bayar personal loan lagi 20 tahun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat