TEKNIK TERBARU – Dadah Disembunyi Dalam Cili Kering dan Bawang Besar!

Sumber Rujukan : Press Reader

KUALA LUMPUR – Pelbagai taktik digunakan oleh sindiket dadah untuk menutup kegiatan terlarang mereka. Sindiket dadah masa kini dikesan menyembunyikan dadah di dalam cili kering dan bawang besar. Ini merupakan taktik terbaru mereka bagi menyeludup bahan terlarang tersebut.

Hal ini didedahkan susulan penyebaran video di laman-laman sosial. Penemuan bungkusan dadah dan pil ekstasi disembunyikan di dalam cili kering dan bawang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kang Chez Chiang berkata, pihaknya bagaimanapun belum mengesan sebarang kegiatan penyeludupan dadah menggunakan kaedah berkenaan di negara ini.

“Bagi tempoh sepanjang tahun ini sehingga semalam, kami belum mengesan sebarang kegiatan membabitkan penyeludupan dadah yang disembunyikan di dalam cili kering atau bawang.”

“Bagaimanapun, kami sedia maklum berhubung penularan video berkenaan yang dipercayai berlaku sama ada di India atau Bangladesh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dengan sindiket pengedaran dadah yang sering kali tampil dengan pelbagai teknik untuk menutup kegiatan mereka daripada dihidu oleh pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat