11 Kesan Sampingan Pengambilan Kafein Berlebihan Yang Wajib Penggemar Kopi Ketahui


Secawan kopi pada setiap pagi sudah menjadi rutin wajib bagi kebanyakan orang. Kopi serta produk makanan lain yang mengandungi kafein boleh mambantu kita berasa lebih bertenaga dan menghilangkan rasa mengantuk.

Kafein yang boleh ditemui dalam kopi, teh dan koko ini mempunyai rasa pahit yang cukup digemari namun tidak memberikan sebarang nutrisi untuk tubuh.

pengambilan kafein tidak memberikan sebarang manfaat pada tubuh

Kafein hanyalah zat stimulant yang berfungsi untuk merangsang sistem saraf pusat. Ini bermakna ia bukan sekadar menghilangkan rasa mengantuk, malah ia boleh memberikan kesan lain pada badan.

Anda boleh dikatakan ketagih kafein apabila anda terbiasa meminum 100mg kafein atau bersamaan secawan kopi setiap hari.

Pengambilan kafein yang terlalu pada dalam jangka masa yang panjang pula boleh memberikan kesan sampingan yang serius pada tubuh. Artikel ini akan berkongsi kesan sampingan pengambilan kafein berlebihan pada badan.

11 Kesan Sampingan Pengambilan Kafein Berlebihan

1. Sakit Kepala

Sekiranya anda merupakan seorang penggemar kopi, anda akan cenderung untuk mengalami sakit kepala. Ia boleh terjadi apabila anda tidak meminum kopi dalam tempoh 12-24 jam selepas pengambilan kopi terakhir.

Ini merupakan salah satu simptom bagi caffeine withdrawal bagi seseorang yang terlalu banyak mengambil kafein setiap hari.

Antara simptom lain bagi caffeine withdrawal adalah :

  • Keresahan
  • Mudah melenting
  • Mengantuk dan lesu

2. Sukar Untuk Tidur

Sebagai zat yang merangsang sistem saraf pusat, kafein boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia.

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, anda perlulah elakkan pengambilan kafein sekurang-kurang 6 jam sebelum tidur.

Anda juga amalkan beberapa tips untuk mudah tidur pada waktu malam.

3. Mengganggu Perut

Kafein merupakan zat yang dapat meningkatkan asid pada perut kita. Ini boleh mengundang masalah sakit perut atau pedih ulu hati.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan seperti ulser perut atau refluks asid, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengambil kafein.

pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengganggu perut

Kredit Foto : mysihat.com

4. Badan Kehilangan Air

Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Badan anda juga lebih cenderung kehilangan banyak atau dehidrasi jika anda mengambil kafein sebelum bersenam.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Alabama menunjukan jika wanita yang sering mengambil kafein lebih sering buang air kecil dan biasanya rasanya tidak dapat ditahan.

Keadaan seperti ini berlaku pada hampir 70% wanita yang sering mengambil kafein dengan jumlah 329 miligram atau lebih.

5. Meningkatkan tekanan darah

Kafein yang kita ambil akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Malahan dalam waktu lebih kurang dua jam, kafein boleh mencapai tahap tertinggi di dalam aliran darah kita.

Ini boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dalam waktu yang singkat. Biasanya ia tidak memberikan kesan jangka masa panjang melainkan seseorang itu ada masalah jantung.

Jika anda masalah tekanan darah tinggi atau penyakit jantung, dapatkan nasihat daripada doktor mengenai pengambilan kafein yang disyorkan.

6. Menyebabkan Osteoporosis

Kafein yang diambil secara berlebihan boleh menghalang penyerapan kalsium di dalam tubuh. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan tulang reput atau osteoporosis.

7. Tidak Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Bagi ibu – ibu yang sedang hamil, pengambilan kafein perlu dikurangkan kerana ia boleh meningkatkan degupan jantung serta metabolisma bayi. Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh menyebabkan perkembangan janin terganggu dan meningkatkan risiko keguguran.

Jadi, ibu hamil perlulah kawal pengambilan kafein demi kesihatan bayi dalam kandungan.

pengambilan kafein juga tidak sesuai untuk ibu mengandung

8. Menjejaskan Kesuburan Wanita

Beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa kafein boleh menjejaskan metabolisme dan pengeluaran hormon estrogen pada wanita. Hal tersebut boleh membuatkan wanita yang terlalu kerap mengambil kafein sukar hamil.

9. Meningkatkan Risiko Gout

Kafein sangat berkait rapat dengan terjadinya risiko penyakit gout. Hal ini dibuktikan oleh hasil kajian yang menunjukan bahawa individu yang sering mengambil minuman yang mengandungi kafein cenderung untuk mudah terkena penyakit gout.

10. Meningkatkan Gejala Menopaus

Pengambilan kafein pada fasa menopaus boleh meningkatkan gejala menopaus seperti badan terasa panas (hot flashes) dan berpeluh pada waktu malam.

11. Karacunan Kafein

Pengambilan kafein secara berlebihan  juga boleh menyebabkan seseorang mengalami overdos atau keracunan kafein. Gejala dari dos berlebihan kafein seperti khayalan dan perasaan yang sangat bingung, loya dan muntah, cirit-birit, haus berlebihan, ataupun kerap buang air kecil. Jika tidak segera ditangani, dos berlebihan kafein boleh menyebabkan kematian.

Berapakah Dos Kafein Harian Yang Disyorkan ?

Memetik Mayoclinic, pengambilan kafein harian yang disyorkan bagi dewasa ialah 400 miligram. Jumlah ini adalah bersamaan dengan 4 cawan kopi.

Namun, harus diingat bahawa sesetengah kandungan kafein adalah berbeza bergantung kepada makanan atau minuman yang diambil, lebih-lebih lagi dalam energy drink. Selain itu, kopi juga tidak sesuai untuk diambil oleh kanak-kanak.

Setelah mengetahui pelbagai kesan sampingan melalui pengambilan kafein, ada baiknya kita mengurangkan pengambilan kafein. Mengurangkan minum minuman seperti kopi, teh, dan minuman bergas boleh membantu kita mengurangkan risiko kesan sampingan kafein. Bagi orang -orang yang menderita penyakit jantung atau ulu hati, sebaiknya dirujuk terlebih dahulu sama ada kafein selamat atau tidak bagi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat