12 Tips Belajar Dengan Berkesan Dan Memudahkan Kita Untuk Mengingat Setiap Kali Membaca Atau Di Dalam Kelas
Sememangnya tidak mudah untuk berjaya kalau tanpa Tips Belajar yang berkesan. Nak berjaya kena ada banyak ilmu. Nak ada ilmu kena rajin membaca dan ingat apa yang kita baca.
Jangan hanya membaca, tetapi kita harus fokus semasa membaca baru lah kita dapat hadam dan faham apa yang kita baca. Namun bukan senang nk fokus membaca kan.
Apa yang terjadi apabila kita tidak fokus dalam menuntut ilmu? Kita akan gagal. Setiap kali kita gagal, kita haruslah kuatkan semangat dan teruskan berusaha untuk berjaya.
Gagal sekali bukan bererti selamanya kita gagal. Tapi kita harus mencuba teknik ataupun kaedah yang berlainan untuk mencapai kejayaan. Kita harus mencari punca kenapa kita gagal. Dan yang paling penting adalah kita tahu cara untuk belajar secara fokus dan berkesan.
12 Tips Belajar Dengan Berkesan
1. Tempat belajar yang sesuai.
Carilah tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat kita belajr bukannya didalam bilik tidur. Jauhkan semua gajet dan tv supaya tidak mengganggu fokus kita untuk belajar.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- Kita ingat 10% apa yang dibaca
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock).
Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir, selepas riadah dan selepas berdoa.
4. Mengulang kaji secepat mungkin.
Ulangkaji ringkas selepas belajar kerana kita akan lupa 80% selepas belajar. Sebaiknya ulangkaji sekerap mungkin.
5. Pilih snek sesuai.
Jangan pilih minum minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.
6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik.
Sekiranya ada yang kita tidak faham. Tanyakan kepad guru semasa mengajar ataupun semasa guru mepunyai masa lapang.
7.Jadikan nota menarik untuk dibaca.
Buat nota dalam bentuk-bentuk yang dapat menarik minta kita untuk membaca seperti peta minda atau sebagainya. Kemudian tampalkan nota kita itu ditempat yang mudah untuk kita lihat dan baca.
8. Rasakan Bahang Motivasi.
Nak berjaya kita kena belajar. Kekalkan motivasi diri semasa belajar dengan cara set kan dalam mina kita matlamat yang ingin capai. Jangan sesekali kita jadikan peperiksaan satu beban untuk kita belajar. Katakan pada diri sendiri apa yang ingin kita capai didalam peperiksaan.
9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu.
Pencuri waktu ialah diri anda sendiri iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas. Anda harus berhati-hati dan sentiasa mengawasi diri anda sendiri daripada mencuri masa belajar anda dengan melakukan perkara sia-sia.
10. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri.
Selepas berjaya belajar, berikan ganjaran kepada diri sendiri seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati. Ini dapat meningkatkan lagi motivasi diri kita.
11. Persediaan awal.
Persediaan awal sebelum memulakan pelajaran akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar. Ini dapat memudahkan kita untuk faham apa yang bakal diajarkan oleh guru.
12. Berdoa sebagai tanda syukur.
Amalkan lah sentiasa berdoa sebelum belajar supaya dimudahkan untuk memahami setiap apa yang diajarkan dan berdoalan selepas belajar sebagai tanda kita bersyukur dengan ilmu yang sudah diberikan kepada kita.
Kesimpulannya, sekiranya anda mengalami masalah untuk mengulangkaji pelajaran ataupun menghafal fakta-fakta, ia mungkin berpunca daripada kaedah belajar yang salah. Semoga tips belajar secara berkesan yang dikongsikan dapat membantu anda untuk belajar lebih fokus.