Perikatan Nasional Tidak Terima Tawaran DS Anuar Untuk Sertai Kerajaan Persekutuan


Kemelut politik yang melanda negara kita beberapa hari yang lepas masih belum reda sepenuhnya. Jika dilihat, masih ada pihak dan rakyat yang tidak berpuas hati apabila Agong memperkenankan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya 24 November, pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 10 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sidang media pada malam lantikan tersebut. Dalam sidang media itu, Datuk Seri Anwar telah menawarkan Perikatan Nasional (PN) untuk kerjasama dalam membentuk Kerajaan Perpaduan.

Perikatan Nasional Tidak Terima Tawaran DS Anuar Untuk Sertai Kerajaan Persekutuan

Terbaharu, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memaklumkan menerusi Twitter bahawa parti beliau berpendirian untuk tidak menerima tawaran Datuk Seri Anwar.

Walaubagaimanapaun, Tan Sri Muhyiddin sempat mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) atas pelawaan beliau untuk menyertai Kerajaan Persekutuan.

Perikatan Nasional(PN) menolak tawaran berkenaan dan akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen.

“Perikatan Nasional mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tawaran supaya Perikatan Nasional menyertai Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau.”

“Namun atas semangat untuk menyuburkan demokrasi dan melaksanakan peranan semak dan imbang yang berkesan dalam Parlimen Malaysia, Perikatan Nasional berpendirian untuk tidak menyertai kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Menurut Tan Sri Muhyiddin lagi, Perikatan Nasional (PN) akan memastikan tadbir urus Kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah. Selaras dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Demi untuk memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, Perikatan Nasional bersedia untuk merintis bentuk-bentuk kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Latar Belakang Perikatan Nasional

perikatan nasional

Sekadar makluman, Perikatan Nasional (PN) merupakan gabungan parti politik rasmi yang didaftarkan pada 7 Ogos 2020. Terdiri daripada empat buah parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan dua parti politik tempatan di Sabah.

Parti yang memperolehi 51 kerusi sewaktu Pilhan Raya Umum 15 ini dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Parti Perikatan Nasional ini juga telah didaftarkan dibawah Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan penggunaan logo serta bendera parti tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Siapa Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Tan Sri Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin atau turut dikenali sebagai Mahiaddin bin Md Yasin lahir pada 15 Mei 1947. Usianya lebih kurang dengan Perdana Menteri ke-10 kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana turut lahir pada tahun 1947.

Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan seorang ahli politik Malaysia, beliau telah terlibat dalam bidang politik sejak tahun 1971 lagi. Pada 29 Februari 2020 beliay telah dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 selepas peletakan jawatan yang tidak dijangka oleh Tan Sri Dr Mahathir pada 24 Februari 2020. Pada 16 Ogos 2021, beliau yang sering dipanggil abah dalam kalangan rakyat ini telah meletakkan jawatan selepas kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia.

Sumber: Twitter Tan Sri Muhyiddin 

Baca juga: Saiz Kabinet Akan Dikecilkan, Pengurangan Gaji Dalam Proses – DS Anwar Ibrahim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat