8 Pakaian Unik Dan Lucu Tema Kemerdekaan
Menjelang 31 Ogos, Hari Kebangsaan disambut dengan pelbagai aktiviti termasuk memasang bendera di tepi jalan, di depan atau sekitar rumah, di kenderaan mahupun pelbagai rekaan pakaian bertemakan Jalur Gemilang yang akan diragakan ketika sambutan Hari Kemerdekaan bagi meraikan dan menangkap aura bersejarah ini. Di sini kami kongsikan beberapa pakaian yang unik dan lucu digayakan oleh rakyat Malaysia.
1. Gaya murid tabika tarik perhatian
Antara koleksi pakaian kanak-kanak diperbuat dari Jalur Gemilang yang menampilkan kecomelan si pemakai ditambah dengan gubahan bunga warna terpilih dan crown di kepala. Di samping kain yang bercorak dan berenda bewarna putih dan merah.
2. Gown ala-ala princess
Tidak kurangnya bagi orang dewasa untuk menggayaka kostum kemerdekaan. Dijahit ala-ala princess dikenakan pula dengan mahkota di atas kepala, mempersonakan pemakainya.
3. Bak pahlawan jelita
Digayakan seperti pahlawan jelita ditambah dengan element kilauan menampakkan keayuan si cilik. Pasti ramai terpesona apabila melihatnya. Di samping tambahan element moden dalam rekaan menyerlahkan lagi si pemakai.
4. Pengantin Merdeka
Tampil unik dengan menggayakan baju pengantin bercorakkan Jalur Gemilang di majlis persandingan mereka. Menurut pengantin mereka sengaja memilih tema pengantin merdeka kerana ingin menunjukkan rasa cinta kepada tanah air dan menyeru agar masyarakat lebih cintakan erti Kemerdekaan dengan cara masing-masing. Konsep majlis perkahwinan juga diserikan dengan sambutan kemerdekaan. Oleh itu, tetamu juga tidak lepaskan peluang dengan menggayakan pakaian tema kemerdekaan.
5. Simple but nice
Rekaan yang simple sesuai untuk digayakan pada hari kemerdekaan di sekolah. Memiliki identiti tersendiri untuk diserlahkan. Dikenakan pula dengan topi bercorakkan jalur gemilang, memberikan kemanisan kepada pemakai.
6. Jalur Gemilang bersayap
Ditampilkan dengan sayap jalur gemilang di bahagian belakang baju memberikan khayalan kepada si pemakai untuk beterbangan di awangan. Lebih- lebih lagi apabila angin ditiup menampakkan seperti pari-pari.
P
Direka gah seperti Pahlawan Melayu zaman dahulu kala. Dikenakan pula dengan sampin dan tengkolok (atas kepala) dari Jalur Gemilang memberikan aura perwira Tanah Melayu.
8. Inspirasi dari Red Riding Hood
Diinspirasi dari movie Red Riding Hood menyerlahkan kostum yang dijahit. Apa yang istimewa ialah hood (penutup kepala) yang menampilkan fantasi kepada si pemakai, gadis kecil manis.
Itulah beberapa jenis pakaian yang boleh digayakan untuk memeriahkan hari Kemerdekaan, 31 Ogos. Tidak perlu ragu untuk memakainya kerana ini adalah simbol menyambut Hari Kemerdekaan. Ajak sekali keluarga, rakan ,jiran atau sesiapa sahaja untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan menggayakan perbagai rekabentuk pakaian.