Jalin Hubungan Dengan Suami Orang, Wanita Ini Salahkan Pelakon Tak Reti Jaga Suami 


Setiap hubungan yang dijalin dan dibina pastinya menginginkan perakhiran yang baik. Sesiapa pun tidak mahu hubungan yang dibina terputus di tengah jalan, tidak mahu andai kata kehilangan pasangan di saat masih memerlukannya.

Namun itulah kehidupan, pasti akan ada dugaan dan ujian. Ada perkahwinan yang diuji dengan perpisahan. Tidak kira sama ada perpisahan tersebut disebabkan oleh kematian mahupun bercerai hidup.

Sedih? Pastinya, lebih-lebih lagi jika pasangan tersebut pergi dengan tiba-tiba. Tidak kira sama ada asbab meninggal dunia mahupun menjalin hubungan dengan individu lain. Menjalin hubungan dengan individu lain merupakan salah satu perbuatan yang cukup sukar untuk diterima, tidak kira sama ada sang isteri mahupun sang suami.

Jalin Hubungan Dengan Suami Orang, Wanita Ini Salahkan Artis Tersebut Tak Reti Jaga Suami

Berkenaan dengan jalin hubungan ini, terbaharu viral sebuah kisah mengenai selebriti Indonesia yang mendedahkan dirinya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan artis negara seberang tersebut.

Selebriti media sosial yang dikenali dengan nama Denise Chariesta itu turut mendedahkan bahawa dia tidak bahagia berada dalam situasi tersebut. Ekoran itu dia nekad tidak mahu menjadi perampas suami orang.

Selama empat tahun Denise Chariesta menjalin hubungan dengan suami orang, pastinya ia bukanlah satu jangka masa yang pendek. Terlampau lama malah bagi Denise untuk melupakan suami orang tersebut sangat sukar.

Rasa bersalah, Denise nekad untuk berhenti

Suami orang itu merupakan suami kepada artis Indonesia, Ayu Dewi. Walaupun masih sayang kepada suami pelakon tersebut namun Denise berhenti dan bertaubat dek kerana rasa bersalah menyakiti perasaan wanita lain.

Namun begitu, ianya bukanlah sesuatu yang mudah. Malah selebriti tersebut pernah mengandungan anak kepada usahawan kaya itu. Walaubagaimanapun, kehamilan tersebut tidak didedahkan kerana dia enggan menjadi isteri kedua dan menyakiti hati serta perasaan Ayu Dewi sekaligus merosakkan rumah tangga mereka.

Sementara itu, warganet Indonesia turut marah apabila Denise seolah-olah menyalahkan Ayu Dewi kerana tidak pandai menjaga suaminya sendiri. Sehinggakan suami kepada Ayu Dewi iaitu Regi tergoda dengan wanita lain.

“Regi pernah mengadu pada saya yang isteri dia tak pandai jaga anak. Report card anak pun dah berbulan-bulan maknya tak ambil sampai cikgu pun telefon. Dia pernah cakap yang Ayu tak kisah kalau suami curan pun asalkan duit banyak. Maknanya tiga pihaklah yang salah. Ayu pun salah sebab memberikan keizinan kepada Regi untuk curang.”

Orang kata, curang ini pilihan. Namun walaupun ianya pilihan dan sebagai lelaki dia ada peluang untuk berkahwin lebih daripada satu namun tolonglah, jangan sesekali menyakiti atau menduakan pasangan.

Walaubagaimanapun, soal Ayu Dewi dan pasangannya kita tidak tahu apakah masalah sebenar yang mereka hadapi. Hanya Ayu Dewi dan Regi sahaja yang tahu. Apa pun kita doakan yang terbaik buat mereka walaupun mereka sudah beberapa kali hampir bercerai.

Sekadar makluman, Ayu Dewi dan suaminya, Regi Datau berkahwin pada 16 Jun 2012 dan sudah dikurniakan tiga orang anak.

jalin hubungan

Sumber: suara.com

Baca juga: Tan Sri Abang Johari Tun Openg Setuju Untuk Bekerjasama Dengan PN, BN & GRS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini @ Daily Rakyat