Cara Memasak TomYam Padu
Post ni panjang sikit sebab ramai yang tanya macam mana saya masak TomYam sedap, Disini saya dedahkan resepi rahsia dan menunjuk bahan dan cara-cara memasak. Ni cara saya, lain org lain caranya. Untuk TomYam, saya akan pastikan ia pedas, masam dan pekat. Lidah saya memang suka yang masam. Biasanya saya masak TomYam ayam sebab ianya senang dan tidak perlu tunggu lama nak empuk seperti daging.
First and foremost, pes TomYam yang ini dari Thailand dan ianya halal. Di sebelah selatan semenanjung tiada dijual. Jikalau ada sekalipun, mereka mengambil stock dari Thailand. Pes TomYam brand Madam Pum ni sedap dan di sebelah utara semenanjung dan negeri yang berdekatan degan sempadan Thailand memang senang diperoleh.
Bahan-bahan wajib;
– Bawang besar dipotong empat
– Cili api (diketuk)
– Daun ketumbar @ corriander leaves
– Daun limau purut
– Serai (diketuk)
– Air asam jawa @ pes asam jawa
– Cili boh @ cili kisar
– Pes TomYam “Madam Pum” sebab brand ini ternyata sedap!
– Ayam/daging/udang/sotong
– Lobak merah / carrot
– Bunga kobis / cauliflower
– Putik jagung / baby corn
– Batang saderi / celery
– Buah tomato dipotong empat
– Cendawan
Cara-cara ;
• Masukkan air, bawang besar dipotong empat, cili api (didihkan).
• Masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu sehingga mendidih.
• Masukkan pes tomyam (jangan kedekut pes TomYam).
• Masukkan ayam – biarkan mendidih sehingga ayam empuk sedikit.
• Masukkan serai yang diketuk.
• Masukkan daun limau purut.
• Masukkan lobak merah.
• Masukkan pes asam jawa adabi.
• Masukkan garam.
• Masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
• Masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
• Masukkan tomato (kacau sekejap).
• tutupkan api.
• Masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.
Siap!
Tips :
~ Saya masak tomyam tidak pernah tumis kerana pes TomYam dan ayam sudah berminyak.
~ Saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk rasa pedas dan mendapatkan warna merah yang cantik.
~ Daripada munggunakan perahan limau, saya guna asam jawa sebab lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat.
~ Kalau ada daging, boleh masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur kerana udang/sotong cepat masak.
~ Sayuran yang keras carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain.
~ Buah tomato masukkan diakhir-akhir dan tak perlu lama kerana dia cepat lembik.